Nak Jadi Bos Sendiri? Kena Baca Pengalaman Aku Ni Dulu



Ada orang bila jadi staff duk balun cakap bos macam². Tapi bila jadi bos, dia lagi teruk. 

Duit kedai suruh bank in tiap² hari sampai takda langsung duit float kedai. Pastu staff mintak, bising² cakap staff main duit ke asyik mintak duit. Duit takde lah apa lah.  

Dah hari² transfer duit kedai.. mana nak rolling nya. Masa aku jaga kedai, aku berkeras letak float RM500. Pendapatan kedai langsung naik. 

Kalau bab projek pulak. Dari cari projek, fund projek, operation. Semua staff yang buat. Siap cakap "Aku sebagai bos sepatutnya datang office dapat report & tahu² duit masuk duit keluar je." Macam Megah Holding... padahal staff tak sampai 10 orang. 

Time dia order barang shopee siap spoiler kereta sampai office, staff tengok je. Bila staff order barang shopee time gaji kena cut, siap perli lagi. Bila boss beli kereta company dalam keadaan gaji staff sangkut, untuk dapat projek katanya. Sama je jugak. 

Lain padang lain belalang.

Aku rasa based on apa yang aku nampak, orang business ni:

1) Kalau runcit, cash flow kena jaga betul² dan kena ada asas berniaga. Sekurang²nya kena sedar tokey dan business adalah separate entity. Tokey makan gaji dengan business. 

2) Projek kena deliver betul². 

3) Jangan kelepet duit funders. Ini kerja dah siap, payment dah dapat. Duit funders & suppliers takde. 

4) Jangan kelepet duit company. Ni tak, duit tah ke mana... tahu² tanya "kalau ikutkan margin project ni banyak... tapi mana pergi eh?" 

Sekian dan kesian. 

Ulasan

(1)

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.