Lihit Lab Smart Fit Pencil Case; Bekas Pensel Kompak Yang Best!




Memang betul orang cakap, kalau mengantuk tido, kalau penat, rehat. Bukan bukak smartphone scroll online shopping apps pastu add to cart. Tahu-tahu "your parcel is delivered". 

Sama lah macam pembelian kali ni. Tengah baring-baring lepas tidurkan anak-anak tahu-tahu dah payment is successful. Nak kata impulse buying pun takde lah impulse sangat. Sebab agak lama dah mencari pencil case yang sesuai dengan aku ni yang kerap bawak keluar masuk alat tulis. Tak kira sama ada masa bekerja ataupun masa nak doodling dan sketching. 

Jadinya, pencil case lama kat bawah ni macam tak proper dan buat aku terkial-kial nak mencari alat tulis yang aku nak pakai. 


Sungguhpun begitu, aku masih sayang pencil case ni. Sebab pencil case ni pemberian Kak Rose, admin tempat kerja lama dulu. Dia bawa balik dari Kemboja sebagai cenderahati dari melancong ke sana sekitar 2015 2016 dulu. 

Tak ada benda yang nak diulas sangat pun pasal Lihit Lab Smart Fit ni. Dengan binaan fabrik seakan Cordura di kebanyakan bahagian luar, dan kanvas macam kanvas payung (tapi lebih keras) pada bahagian bawah, aku sangat suka sebab sedap dipegang.

Compartment pada bahagian dalam pula ringkas dan sangat praktikal. 


Sebelah kanan, lapik belakang compartment tu macam felt lining. Kalau korang ada pen kesayangan dan takut calar-balar. Memang tak syak lagi, pencil case ni sangat sesuai. Belah kanan boleh letak dalam 6 pen atau pensel mekanikal. Macam aku susun sekarang ni. Compartment kecil tu aku letak lead untuk pensel mekanikal dan replacement nib untuk Lamy Safari (Nanti aku share pasal Lamy Safari ni. Pen best untuk menulis dan sketching). 

Belah kiri pulak aku letak memo pad size B7 dari Maruman melalui siri Mnemosyne nya. Kompak dan kertas yang berkualiti sesuai untuk digunakan dengan fountain pen. Tapi binding dia aku tukar dengan Lihit Lab Aqua Drop series punya memo pad sebab senang nak refill kertas baru kalau dah habis guna yang ni. 


Compartment kecil yang kat luar tu buat masa sekarang aku just letak cartridge untuk Lamy je. Ada masa aku letak watercaolour palette DIY. Senang guna bila mana nak sketching ringkas-ringkas. 

Bagi aku... Bagi aku lah kan. Sangat berbaloi dan sebabkan pencil case ni kompak dan nipis, senang nak selit dalam beg kecil-kecil. Beg bini aku pun lepas. 

Ulasan

(2)
  1. Smart bukaan pencil case ni. Tak perlu terkial2 nak mencari pen / pensel kat dalam.

    BalasPadam
  2. menarik.. tapi saya bawa pen sebatang aje kalau gi mana mana... aziankhalil

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.