Elokkan Dunia Bermula Dengan Elokkan Keluarga


Credit imej: Soal Jawab Faraid

Assalamualaikum. 

Aku terjumpa postingan ni kat Facebook. Benda nafkah ni selalu kita dengar, tapi ramai memandang remeh. Ingat geng bapa-bapa, keluarga kita dan anak-anak kita merupakan first step kita untuk ke dunia yang lebih luas. 

Islam ni cantik dah. Nak perelokkan dunia, mulakan dari sekecil institusi tu sendiri, iaitu institusi keluarga. Lepas tu saudara seagama. 

Bukan kecik anak bab menjaga saudara seagama. Kira tak beriman terus kalau tak jaga saudara kita seperti kita jaga diri kita sendiri. 

Perginya adik aku ke dunia abadi (semoga Allah ampuni dan rahmatinya), Firdaus, 15 Oktober 2019 buat aku berfikir. Bila terlintas nak buat baik, terus buat, jangan tangguh. 

Tak guna kita plan 'bila banyak duit baru nak buat'. Lagi² dengan orang² terdekat. Bila jadi macam ni, 1 sen pun tak guna dah.

Lagipun, harta yang dihabiskan pada jalanNya itulah harta kita yang sebenarnya.

Ini aku kongsikan apa yang page tu jawab untuk persoalan kat atas ni:

Nafkah anak2 jika bekas suami tak bayar akan dikira hutang. Kena jelaskan. Kalau dah mati boleh ambil dari harta pusaka simati. 

Jika simati ada duit KWSP, bekas suami semasa hidup letak ayah dan ibunya sebagai penama, bekas isteri boleh bawa surat perintah nafkah dari mahkamah untuk tuntut hutang daripada ibu bapa bekas suami. Kalau tiada surat perintah mahkamah memang akan susah sikit.

Kalau ibu bapa bekas suami tak setuju, kena buktikan anak mereka dahulu ada buat bayaran nafkah. 

Hutang nafkah paling banyak dianggap remeh oleh bekas suami. Mereka tidak rasa bersalah tidak membayar nafkah anak2. Mereka terlupa jika mereka mati, segala hutang tersebut akan dituntut sehingga ke liang. Jika tiada siapa membayar hutang mereka maka mereka lah yang akan menanggung azab dibawah sana.

Allahurabbi. Berat tu kalau seorang suami melepaskan diri di Dunia atas tanggungjawabnya. Sebab macam mana sekalipun baik dia atas dunia ni, kalau benda wajib ni tak ditunaikan. Siksa akhirat. 

Semoga kita semua dijaga Allah s.w.t. 

Ulasan

(1)
  1. harta dibelanjakan utk kebaikan kekal bersama kita di sana kelak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.