Cari Blog Ini

31 Mac 2024

Bing Ai dan Cerita Hantu

Sambil² duk usha listing², belek² Bing Ai. (Macam ngam lak Bing + Ai = Bingai😅)

Pastu teringat kisah zaman sekolah. Masa tu duk rumah nenek (Mok Tuo). Ada satu malam tu aku balik dari 'ddeghak'. Sebab panat sangat terus masuk rumah & rebahkan badan kat tilam. Bilik tu bilik papan... atap zink. 

Aku biarkan Manis FM berkumandang. So, bilik tu diterangi cahaya malap dari LED di radio tu. 

Dalam masa nak lelap tu mata macam mamai². Aku pandang lurus ke atap zink bersawang. Lama² macam makin gelap. Pastu zzaaaassss macam satu wajah gelap (takdelah HD macam dalam gambar ni, sebab zaman tu masih 3gp lagi, kamera fon pun banyak VGA lagi) samar² menyeringai nak timpa muka aku. 

So, guys... ko tahu apa aku buat? aku selaku anak jantan bani jawi mana boleh duk saja kan?

Aku melompat terus masuk kelambu nenek aku. "Mok, ore tido sini la male ni. Takut pulok ssero." 

"Alloh budok ni, kejut mok. Penakut nyo lah." Balas Mok Tuo. The he he he. 😅 Gitu lah flashback saya. 

Tapi sampai sekarang aku tak boleh nak confirmkan benda nyata atau hanya mainan perasaan. Cuma wajah tu memang ingat sampai sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.