Jangan Menilai Buku Melalui Kulitnya
Cerita ni aku ingat sampai bila². Masa tu zaman menyewa di flat Sentul dengan Muhamad Farhan Baharin , Syafi'ul Iman Abdullah , Syafi'uddin Abdullah dan Abang Zanuar yang dikasihi kami.
Sekali tu paip buang belah belakang rumah tersumbat.
Jadi, kami buat keputusan nak panggil tukang paip. Kami dapat nombor dari laman Mudah.
Tukang pertama datang. Aku tengok gaya memang tukang tulen. Pakaian pun pakaian tukang. Nampak macam baru siap buat kerja tempat lain. Dengan comotnya, siap pakai beg pinggang penuh alat pertukangan. Kami lega.
Dia tengok kawasan paip tersumbat sampai air bertakung. Dia jolok² paip pakai batang besi. Terus dia cakap "boleh ni tapi susah sikit." Dia cakap nak beli barang. Pastu aku whatsapp balik, dia jawab "Susah bang. Kena bukak manhole... mungkin kena pecah paip belakang rumah. Saya tak jadi lah." Pulak....
Kami jumpa lagi satu nombor tukang paip. Aku tak perasan pulak gambar dia dalam Mudah tu. Tapi bila dia sampai dengan Perodua Kancil merah lusuh, nah... tinggi, kacak bergaya, jambu² sikit siap rambut ada highlight. Dress up pun smart. Dalam kepala aku duk fikir, "aduhai... tok jjadi khijo ni."
"Assalamualaikum bang... saya Jomblo Happy (nama samaran sebab aku lupa nama dia), tersumbat macam mana tu?" Sapa dia.
Aku bawa ke belakang, dia tengok² kawasan. Dia pun buat benda sama. Jolok² pakai batang besi yang sama. Sebab batang besi tu memang ada kat rumah. Dia singsing lengan baju. Terus seluk tangan dalam lubang paip buang... sampai pangkal lengan. Memang basah juga baju dia sebab paip tu dalam.
Satu-satu dia tarik keluar barang² yang buat tersumbat. Sampailah air mengalir elok. Selesai kerja dia. Kami bayar upah yang dipersetujui dan dia pulang, kami riang.
Begitulah... kadang nampak orang berjubah putih bersih, berpelikat Gajah Duduk seribu benang, berkopiah capal, berserban. Kita ingat dia Alim. Rupa-rupanya dia Razak, atau Najib atau Alexander, atau... atau... atau...
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.