Boleh dibaca foblografi reboot atau foblografi ribut!
Ah, sekadar buat balik blog lama yang aku tinggalkan. Domain name ni pun aku dah pakai sebelum ni, dah cancelled dah pun. Tapi dek kerana takde orang nak pakai nama ni, nasib baik lah jugak. Dapat aku pakai balik. Tapi satu lagi domain kesayangan aku dah orang lamar. Lantaklah. Aku pun bukan serius mana ber-blog ni. Sekadar lepas gian.
Domain sebelum-sebelum ni banyak yang aku tak renew sebab kekangan kewangan dan masa untuk aku jenguk. Standard-lah kan dalam hidup ni ada turun naiknya. Kadang-kadang tu turun lagi lama dari naik. Tu yang melepek dan time tu baru nak ingat Tuhan. Tak kata orang lain, aku kata kat diri sendiri.
By the way, blog foblografi ni aku saja buat balik sebab aku dah takde tempat nak meluahkan pendapat dan ngomelan secara freestyle dan secara santai yang minda orang kebanyakan macam aku ni boleh relate. Blog ni juga untuk aku melampiaskan gian aku terhadap blogging dan fotografi. Yang mana aku bukan mahir pun dalam kedua-dua bidang ni, tapi nak buat macam mana kan... GIAN!
Walaupun aku jarang sangat dah update blog lagi satu, tapi sesekali ada lah jugak aku bukak, tengok dan mengeluh. Kadang-kadang tu scroll sampai entri lama-lama baca cerita merapu aku. Walaupun merapu, kira macam jurnal jugaklah. Macam baca timeline kisah hidup sendiri. Kadang kita rasa hidup kita banyak onak duri, rupa-rupanya hidup orang lain bukan setak onak duri, malah taufan, el-nino, kemarau, banjir kilat semua cukup lengkap.
Di zaman yang serba mencabar ni, aku doakan semoga semua jiwa-jiwa yang teguh bertambah teguh dan lebih bersemangat mendepani segala cabaran hidup. Ingat geng, seteruk mana kita rasa cabaran yang kita hadapi, ada yang lagi teruk.
Sepanjang naik turun kehidupan yang aku dah lalu dan sedang lalui sekarang ni, satu je aku boleh cakap. Kalau kita ada masalah, kongsikan dengan orang. Takde orang terdekat, cari kaunselor, talian kasih ke apa tah yang kita boleh call dan dorang boleh dengar luahan kita. Ada masa kita buntu sedangkan di luar sana ramai yang ada jawapan dan penyelesaian untuk masalah yang kita sedang hadap tu.
Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan makhlukNya. Jangan bertangguh untuk berbuat baik kerana kita tak tahu bila kita akan meninggalkan kehidupan sementara ni dan kembali kepada Allah s.w.t., Maha Pencipta. Semoga kita semua balik dalam keadaan husnul khotimah dan bukan su ul khotimah. Amin y.r.a.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.