The Road to Red Restaurants List

image credit - Netflix

Assalamualaikum.

Lama dan jarang bersiaran di blog kerdil ni sekarang kerana kekangan kerja hakiki di pejabat, kerja kedua sebagai AIA Life Planner dan juga menghabiskan masa bersama keluarga. 

Apa pun yang datang, kita sebagai marhaein kena hadap jugak. 

Kali ni saya hanya nak kongsi salah satu daripada banyak siri-siri drama dan reality show yang saya binge dekat Netflix sambil lipat kain-baju. 

Siri kali ini kategori drama. Tapi dalam masa yang sama menampilkan tempat-tempat dan watak-watak yang diambil dari kisah dan keadaan sebenar restoran. 

Siri drama ini berkisarkan kehidupan seorang salaryman biasa, Tamio Suda yang kerja 8-5 walaupun sepanjang siri saya tengok dia selalu balik ke rumah lepas pukul 7 petang. Memandangkan isteri dan anak perempuannya selalu keluar pada setiap petang Jumaat dan balik pada Sabtu malam kerana mengikuti konsert pop idol kegemaran mereka, Teardrops... Tamio mengambil kesempatan ini untuk menjelajah sekitar Jepun dan bermalam di dalam MPV dia. 

Jadi, dia balik kerja petang Jumaat dan terus keluar sebelum balik ke rumah semula petang Sabtu esoknya. Dia juga menetapkan peraturan dimana segala perbelanjaan minyak, tol, penginapan dan makanan akan ditolak daripada bahagian perbelanjaan bulanan dia sendiri. Sebab tu lah dia tidur dalam MPV. 

Pengembaraan Tamio sebenarnya lebih kepada nak menyendiri berbanding nak mencari tempat makan yang best. Semuanya bermula pada minggu pertama dia mengembara dan tidur dalam kereta dengan harapan nak bangun tengok sunrise Gunung Fuji. Malangnya, pagi tu cuaca berkabus dan dia tak dapat tengok pun. Esok tengaharinya dia tekan GPS cari kedai makan, Udon Takachan. Sekali bila sampai je kat kedai tu dia tengok ada seorang makcik chubby dan senyap je kat depan kedai. Dia macam teragak-agak nak masuk, tapi akhirnya dijemput masuk oleh anak tuan kedai tu jugak. 

Tamio terkejut sebab kedai kecil dan pelanggan yang datang sangat santai. Duduk di atas tatami, baca buku dan juga hisap rokok di dalam kedai. Namun, selepas makan Udon dia terkejut sebab sedap sangat. Masa dah siap makan, dia ucap terima kasih dan bagitahu akan datang lagi. 

Malangnya, anak tuan kedai tu cakap mungkin nanti kedai itu dah tiada sebab lepas dia, dah tak ada orang ambil alih kedai tu. 

Tamio sedih tetapi dalam masa yang sama bersyukur dapat menikmati makanan yang sedap itu. Lepas tu, setiap kali mengembara dan tidur dalam kereta. Tamio paling tak sabar menunggu waktu tengahari. 

Basically, siri ini berkenaan Tamio mencari kedai makan yang kategori hidden gem yang selalunya dah tak lama untuk beroperasi. 

Yang buatkan saya suka cerita ni kerana ia hampir dengan perangai saya waktu bujang dulu. Hujung minggu akan pusing KL Selangor dan kadang-kadang ke negeri-negeri bersebelahan semata-mata nak mencuba tempat makan hidden gem macam ni. Surprisingly, kita sememangnya dikelilingi oleh banyak kedai-kedai makan yang menyajikan banyak makanan yang lagi sedap daripada restoran besar dan tentunya dengan harga yang tersangat murah.

Zaman tu cafe hipster tak tumbuh bak cendawan lagi. Zaman viral ni, hidden gem tu semua dah jadi harga kayangan juga. On the positive side, baguslah kita lihat lebih banyak usahawan yang improving dan semakin maju. 

Ulasan

(4)
  1. Uncle pulak dah lama tak sempat melayan netflix.

    Stay safe kita!

    BalasPadam
  2. Dulu- dulu banyak hidden gem kan..Kalau rajin explore akan jumpa la..Sekarang bila ada kuasa viral...mudah jumpa tapi dah jadi harga kayangan la dan dah hilang privacy hidden gem tu

    BalasPadam
  3. suka rancangan ni, tapi isteri & anak Tamio tu mcm kurang respect kt Tamio...suka dgr Tamio cakap 'forever'..slang Jepun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Memang ada bengkek la tengok anak & wife dia layan dia macam tu. Jepun bandar memang macam tu kot.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.