AdSense Sepi Setelah Sekian Lama


Sesekali terlintas juga nak buka AdSense ni. Pertama kali terjebak dengan meluahkan perasaan ke atas lembar blogspot ni semasa saya sedang belajar Diploma, 2008 @ 2009. Waktu tu semangat nak meluahkan rasa yang kononnya rebel membuak-buak. 

Saya wujudkan satu blog yang 100% berunsur politik, rebellious dan menghentam wakil-wakil rakyat dan penguasa-penguasa. 

Tak sangka pula waktu tu boleh buat duit dengan menulis. Selepas beberapa bulan menulis, baharulah AdSense approved! Ingat lagi masa tu kalau blog ditulis dalam Bahasa Melayu semuanya, memang kirim salam lah AdSense nak approve. 

Jadi nak taknak kebanyakan entri saya tulis juga dalam English walaupun berterabur. Tapi alhamdulillah la AdSense approve juga. Tak sangka, saya punya merapu meraban pasal politik ada yang meminati. Blog pertama tu jugalah antara blog-blog yang berjaya membuahkan hasil melalui AdSense way before Nuffnang. 

Lepas tu saya dah kurang update sebab sangkut Diploma first dan banyak buat kerja kampung. Lama-kelamaan AdSense disapproved dan saya pun delete kesemua blog saya. Sekali dengan AdSense lesap. Nasib sempat merasa.

Pun begitu, tak lama lepas tu saya buat lagi blog iaitu blog sekarang ni yang dah bertukar nama dan domain. Stanzaku merupakan nama dan domain paling lama saya pakai sampai sekarang. 

Berblog pun on sebulan dua off setahun dua, banyak ni je lah yang berjaya dikumpul. 

Untuk kawan-kawan yang berblog dan bercita-cita menjadikan blogging salah satu sumber pendapatan utama. Teruskan dan semoga berjaya kerana saya pernah merasa. Kena rajin dan cari target audien yang betul. 

Saya ni berblog lebih kepada nak melepaskan gian merapu je. 

Ulasan

(7)
  1. adsense ammi digantung sbb pin tak sampai2 walaupun dah 4x request...ntah bila kala google nak hantar ntah..dan persoalannya dorang hantar keluar ke tidak pin tu

    BalasPadam
  2. teruskan blogging ..warga emas macam kak ni tengok iklan adsense macam2 xberkenan pulak dgn nuffnang dulu dapatla beberapa hinggit jadi la

    BalasPadam
  3. Saya ini duit Nuffnang pun tidak keluar. Jadi kesimpulan tidak minat tulis untuk duit.

    BalasPadam
  4. Duit adsense sy pandai cash out tiap kali nak servis kereta atau insurans/cukai jalan nak tamat tempoh, hahaha.

    BalasPadam
  5. Seronok menulis tu hanya blogger je tahu kan. Dapat duit tepi tu kira bonus lah :)

    BalasPadam
  6. Fiza menulis pun kerana minat merapu. Dapat adsense kira bonus.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.