Persetankan Cakap Orang


Seminggu ni aku banyak naik turun HR, jumpa boss minta advice akibat burn out. 

Kebetulan time aku mula kerja, orang-orang lama berhenti dan business syarikat pick-up. Stay back, bawak balik kerja kat rumah buat sebelah malam, weekend buat pun still tak sempat. 

Kebiasaan kerja orang expect tinggi daripada kita dan kita fulfill. Tapi kali ni walau sehabis buat pun tak boleh nak siap. Ditambah pulak dengan orang-orang yang deal dengan aku semuanya mintak dan-dan tu. 

Ada satu tahap, aku rasa defuk kerja macam ni? Bukan kerja untuk aku ni macam ni. 

Tapi bila jumpa Regional Manager, HR manager, aku punya manager dan sorang senior yang aku rasa ada common sense. Aku dapat simpulkan beberapa persamaan daripada mulut dorang:

1) Kita manusia. Ada limit. Lagipun company dah tetapkan pukul 8-5 waktu kerja. After that, you don't owe anything to company to entertain any request. Habis kerja balik tengok family. "This is not chinese factory style of company. We are managed by western, so we don't expect anyone to work like that."

2) Sebagai seorang pekerja pada level aku sekarang, company tak expect aku buat kerja macam kena jaga 1000 orang pekerja. "You did good in fact you did great. And we don't expect you more. Our intention is just to have someone man that place."

3) Pedulikan kata-kata orang lain. Yang penting immediate superior ko tahu ko kerja macam mana. In the end, dia yang sign gaji ko. Tak perlu overthinking apa yang orang lain cakap. 

4) Manager aku cakap kita kerja untuk hidup. Waktu kerja, kerja betul-betul dan jangan lupa untuk nikmati hidup sementara sihat dan mampu. Buat apa simpan duit banyak-banyak nak tunggu tua baru nak buat macam-macam. Badan dah tak kuat, minda dah tak secerdas dulu. 

Kebetulan masa perbualan tu ada sorang great great senior baru meninggal sebab cancer. Hari last sebelum dia meninggal dia datang kerja dan aku sempat book Grab untuk dia balik rumah. 

"You see the late lady. She's got so much money but too workaholic. Now tak sempat pun spend her money."

"Kalau risau tak cukup duit, invest not save. Risau tak cukup duit nak cover bila sakit. Use insurance la. Sekarang murah-murah sudah boleh dapat."

Duit dicari tak pernah cukup dan persetankan apa cakap-cakap sekeliling. Hidup tenang-tenang jangan susahkan orang. 

Khamsi Abdullah
AIA Public Takaful Life Planner
https://takafulbykhamsi.wasap.my

Ulasan

(1)
  1. Begitulah kita kan. Suka fikir apa yang orang akan fikir pasal kita. Asyik nak puaskan hati orang dan dengar orang cakap sampai bila pun otak kita tak bebas. Kita ni kadang ada masa, tak ada duit. Ada duit tak ada masa. Terima kasih untuk perkongsian ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.