IPad Tak Gonjeng Lagi Dengan Dux Ducis Keyboard Case



Alhamdulillah. 

Akhirnya dapat jugak beli baju untuk ipad ni. Sebelum ni dah ada tapi tak ada keyboard. So susah sikit nak buat kerja nak buat quotation bila ada appointment. Yang bestnya casing ni nipis je. Memang tambah sedikit berat tapi tak seberat bawa laptop ke hulu ke hilir. Just nice orang cakap.

Casing yang penuh juga buat kita rasa selamat sikit bimbit ipad kehulu ke hilir ni. Maklumlah kadang-kadang tu appointment dengan client tak kira tempat sangat. Asal sempat sebab tak semua orang lapang macam kita walaupun kita pun bantai 2 3 kerja juga. Stand dia pun not bad. Magnet lekat kuat dan kukuh bila kita letak tegak. 

Casing ni jugak ada auto sleep and wake. So, bila ua je flips dia, ipad terus on. Sangat berguna untuk orang yang nak cepat macam saya ni. Apple pencil holder pun berguna. Kalau letak merata, patah ke apa, garu kepala jugak nak beli baru.



Nak pairing dengan bluetooth pun senang. Laju je connect. By the way, case ni gunakan connection bluetooth 5.0 langsung membuatkan penggunaan kita lancar tanpa lag. Mcama guna laptop menaip, sedap je. Sebelum ni ada je keyboard bluetooth yang saya guna tapi agak lag. 


Harapnya lepas ni bertambah efficient la saya melayan client dan segala mak nenek training. 

Kalau ada yang mencari Life Planner untuk review policy takaful atau tengah mencari medical card / hibah. Boleh je contact saya. Khidmat nasihat percuma. Nak khidmat nasihat secara atas talian pun boleh. Yang penting anda faham betul-betul sebelum membuat keputusan. 

Jangan risau. Team kami, Dirgahayu Diazz merupakan anak kepada Dirgahayu District antara agensi terbesar dalam AI Public Takaful Sdn Bhd. InsyaAllah segala persoalan akan kami jawab semampunya. 

Jumpa lagi di dalam entri yang akan datang. 




Ulasan

(3)

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.