Nikon TW Zoom85; Review & Sample Photos

Sebelum ni kalau saya nak memuaskan hati dalam minat dan hobi mengambil gambar memggunakan kamera filem atau analog, saya cuma ada sebuah rangefinder, Yashica MG-1 milik ayah. Yashica ni sedap sebab kita boleh pilih fokus secara manual. 

Tapi bila kerap ke mana-mana dengan anak-anak kecil, saya mula berasa susah untuk membidik dan mengambil gambar sambil melayan anak-anak. Jadi saya ambil keputusan untuk cari sebuah kamera point-and-shoot (PnS) yang murah-murah. Bagi yang tak tahu, kebelakangan ini kamera analog yang menggunakan filem sedang meningkat naik peminat dan harganya. 

Rezeki saya bertemu dengan pemilik Nikon TW Zoom85 ni yang sudi melepaskannya dengan harga yang murah berbanding harga pasaran sekarang. Sekarang ni kalau kamera PnS biasa-biasa dengan fixed focal lense dan tiada autofocus pun paling murah RM300 atau RM400. Kalau yang boleh zoom dan ada autofocus memang lebih lagi bergantung kepada keadaan kamera. 

Kalau ikutkan, model ni merupakan model kamera kompak (walaupun tak kompak mana) paling canggih pada zaman dia. Pelbagai mode autofocus, focal length pun dari 32mm hingga 85mm memang memberi fungsi yang versatile kepada penggunanya. 

Nikon TW Zoom85 ni menggunakan bateri lithium CR-P2 untuk pelbagai fungsinya termasuk flash, autofocus dan lain-lain. Bateri CR-P2 ni sebenarnya dah tak banyak dekat pasaran. Saya pun pesan melalui kedai atas talian. Kamera ini juga menggunakan sebiji bateri CR2025 untuk tetapan tarikh. Tapi sayangnya tiada tarikh sehingga 2022. Tak silap saya tarikh paling akhir berakhir pada tahun 1999. 


Apa yang saya suka tentang kamera ni adalah dengan adanya panoramic cropped mode yang boleh diaktifkan dengan menolak tuil slider yang terletak pada sebelah viewfinder. Secara asasnya ia hanya menyebabkan imej terpotong dan menghasilkan aspect ratio memanjang seperti wide view. Tapi kesannya sangat baik dengan vignette yang mengasyikkan pada keempat penjuru imej. 

Sebagai contoh, gambar atas ini merupakan gambar tanpa panoramic cropped dan gambar di bawah ini merupakan gambar dengan panoramic cropped.

Kesan yang terhasil memuaskan dan memberi kelainan mood pada gambar. 

Saya sebenarnya skeptik dengan kamera PnS bila memikirkan lensanya pasti tidak sebagus lensa rangefinder atau SLR. Namun jangkaan saya terhadap kamera Nikon TW Zoom85 ini ternyata meleset. Gambar yang terhasil sangat sharp dan tona warnanya juga sedap-sedap. 

Untuk contoh-contoh gambar dalam perkongsian kali ini saya menggunakan filem Kodak Colorplus 200. 









Tona hangat yang terhasil daripada Kodak Colorplus 200 juga memberi kesan retro dan vintage kepada imej. 

Saya juga sempat menguji gambar yang diambil secara single-handed sambil membawa motor perlahan-lahan untuk melihat hasil samada shakey atau boleh diterima. Hasilnya juga sangat memuaskan untuk kamera yang berusia puluhan tahun ini. 




Patutlah kamera PnS makin digemari peminat film photography sekarang. Hasil imej yang menarik ditambah dengan kemudahan penggunaannya memang membuat kita lebih fokus kepada perkara yang lebih penting dalam photography iaitu subjek dan komposisi gambar berbanding duk kalut dengan perkara teknikal. Lebih-lebih lagi untuk photographer hobbyist macam saya. 

Sebagai bonus, nah saya kongsikan gambar Stadium Melawati Shah Alam sebagai kenangan. Mana tahu sikit masa lagi dah roboh, boleh lah kita tatap gambarnya. 


Tak lupa juga bekas Terminal Bas Sementara Seksyen 13 Shah Alam ni.


Nanti kalau ada hasil lain, saya akan kongsikan lagi. Maklumlah harga filem pun dah naik tinggi sekarang. Gigil juga poket nak beli filem dengan keadaan ekonomi tak menentu ni. Minat tu minat juga, keperluan keluarga harus menjadi keutamaan. 

Terima kasih kerana sudi singgah. 

Ulasan

(2)
  1. bila baca ni, rasa nak jual kamera filem yang lama-lama di carousell. dari terbiar dalam simpanan. cuma itulah tak tahu nak letak harga berapa. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh survey harga model yang sama di carousell.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.