Darkroom8 Malaysia - Film Developer Paling Best

Seperti yang saya pernah kongsi sebelum ni. Saya sukakan fotografi dan fotografi menggunakan filem atau analogue photography merupakan niche yang saya sentiasa minat. Mungkin kerana nostalgia kerana saya membesar dengan melihat gambar daripada Yashica MG-1 ayah.

Sebenarnya, banyak je film developer yang ada di Malaysia ni. Cumanya yang dedicated, reliable dan cepat tak ramai. Dikalangan semua film developers tu, saya dan ramai lagi rakan-rakan film photographer yang ada memilih Darkroom8 sebagai pilihan utama. Dan sebenarnya semenjak dari awal-awal saya berkecimpung (sebagai hobi) dengan fotografi analog ni, saya dah gunakan khidmat Darkroom8. 


Di samping professionalism dan kecepatan perkhidmatan mereka, harga yang ditawarkan untuk setiap perkhidmatan yang diberi juga sangat berpatutan. Tambahan lagi dengan peningkatan segala kos lain yang berkaitan filem ni sangat membantu kami lagi-lagi hobbyist photographer ni. 

Berikut merupakan senarai harga bagi setiap servis film development. Perkhidmatan mereka tidak terhad kepada ini sahaja. Banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. So, boleh tengok laman web mereka di Darkroom8

Film Processing & Film ScanningFormatRM (Ringgit Malaysia)Turnover TimeExpress ServiceRM (Ringgit Malaysia)
C41 Color Negative Film 135 Rm 16.80 2 Working Days ✔ +Rm10 
C41 Color Negative Film 120 Rm 16.80 2 Working Days ✔ +Rm10 
Black & White Negative Film 135 Rm 16.80 3 Working Days TBA TBA 
Black & White Negative Film 120 Rm 16.80 3 Working Days TBA TBA 
Color Motion Negative Film 135 Rm 20.00 3 Working Days ✔ +Rm10 
Color Motion Negative Film 120 Rm 20.00 3 Working Days ✔ +Rm10 
E6 Color Reverse Film 135 Rm 38.00 Contact us for more informations N/A N/A 


Antara perkhidmatan lain yang mereka sediakan adalah-


Bawah ni pula antara koleksi gambar-gambar yang saya pernah gunakan khidmat Darkroom8.







Kalau anda semua ada filem yang masih belum develop atau "cuci", bolehlah gunakan servis mereka. Kalau ada filem lama yang dah develop tapi tak tahu nak sca kat mana pun boleh hantar ke mereka. Boleh hantar melalui pos (cara-caranya boleh ke laman web mereka) ataupun yang berdekatan boleh ke premis mereka di alamat - 

OPERATION HOUR
Everyday  12pm - 6pm

Darkroom8,
62, Jalan Galian, Taman Miharja,
55200, Kuala Lumpur, Malaysia.

Dekat je dengan LRT Maluri tu. Jalan kaki pun tak sempat berpeluh. 

notakaki - Mati akal nak tulis panjang-panjang dengan keyboard laptop tua ni pun dah makin rosak. Noktah bertindih pun da tak boleh tekan. Terima kasih kerana masih sudi singgah. 

Ulasan

(2)
  1. Perkongsian yang berguna. Tak igt letak kat mana filem kodak yg lama. Harap2 masih simpan lagi.

    BalasPadam
  2. eh dekat je dengan rumah. lama betul tak ambil gambar dengan kamera Kodak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.