Review Ulanzi MT-11 Octopus Tripod 2 In 1 C/W Ulanzi VL-49

Ada yang minat ambil gambar menggunakan studio mini atau studio DIY di rumah?

Ke ada yang ambil gambar untuk dijual di Shutterstock, Etsy, Getty Image dan sebagainya?

KA saja nak share dan review simple satu set lighting dengan tripod ni; Ulanzi MT-11 Octopus Tripod 2 In 1 C/W Ulanzi VL-49 yang sangat membantu KA dalam proses ambil gambar untuk diletak pada laman yang KA sebut kat atas.


KA kongsi berkenaan tripod dulu ya. Tripod ni dipanggil Octopus Tripod sebab kaki dia tu kita boleh bengkokkan. Di samping kita sangkut Ulanzi VL-49, tapak yang datang dengan tripod ni ada slot untuk kita kepilkan telefon juga atau dia panggil 2 in 1 clip. 

Untuk DSLR atau kamera lain, kita boleh lekapkan menggunakan skru yang ada pada tripod ke lubang skru pada dasar kamera. Kalau untuk telefon pintar, kita boleh menggunakan klip yang tersedia. Sebagai contoh KA ambil gambar dari Ulanzi Malaysia kat bawah ni:

Yang bestnya pakai octopus tripod ni bila kita kat taman atau tempat yang tak rata, kita sama ada boleh belit kaki tripod ke dahan kayu, tiang dan sebagainya. Kita juga boleh ubah dan laras kaki tripod di tempat yang tak rata. 

Antara ciri lainnya adalah; 

Cold Shoe kat atas Clip untuk letak Ulanzi VL-49
1/4 Universal Extension Port 
360° Adjustment Ballhead boleh alih
Getah berfleksibiliti tinggi
Teras aluminium berkekuatan tinggi.

Untuk lampu lengkap dengan difuser Ulanzi VL-49 pula, bagi KA sangat membantu untuk mendapatkan pencahayaan yang cukup untuk shoot benda kecil ataupun untuk extra lighting. 




Antara ciri terpenting lampu Ulanzi VL-49 ini adalah:

Soft light box yang dah dinaiktaraf daripada model lama. Cahaya lebih lembut dan tidak menyilaukan. 

Bateri lithium terbina dalam dengan kapasiti yang besar, pengecasan untuk mencapai kapasiti penuh mengambil masa selama dua jam tetapi boleh mencapai penggunaan selama 120 minit dengan keterangan maksimum dan 300 minit dengan keterangan minimum.

Kerana penggunaan asasnya adalah sebanyak 49 manik LED, CRI sehingga 95+, to mengurangkan kerja-kerja post-grading.

Boleh tengok product highlight dari Ulanzi seperti di bawah. 

Product Highlights:

New Upgrade, More Smooth
Built-in 2000mAh Lithium Battery
5500K Color Temperature Shows The Beauty of Natural Light
Essential Light Beads, High Color Rendering Index
Specifications:

Model: Ulanzi VL49
Weight: 90g
Material: ABS
Power: 6W
Charging port: Type-c
Battery capacity: 2000mAh
Color temperature: 5500±200
Dimension: 7.5cm*6cm*3.1cm

Kalau ada yang mempunyai minat mengambil gambar makan di rumah atau mengambil gambar produk dan benda-benda kecil. Dua benda ni sangat berguna dan membantu. 

Bukan itu sahaja, kadang-kadang KA guna sebagai extra lighting untuk mengubah mood sesuatu gambar yang diambil. 

Kalau ada kawan-kawan yang ada recommended setup untuk studio kecil khas untuk jual stock photo, kongsi-kongsi lah ye. 

Terima kasih kerana sudi membaca!

Ulasan

(2)
  1. Oooo, cahaya boleh tukar mood juga ye?

    BalasPadam
  2. sy mini tripod and tripod biasa both dpt free ms beli kamera. jarang guna. so jadi tukun kat rumah tu😀

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.