Pokok Cili Nan Dua Batang


Kisahnya. 

Semasa dalam PKP yang bersambung-sambung itu hari lagi KA dah start berjinak-jinak menanam cili dalam pasu. Oleh kerana rumah pangsa, ruang pula kecil sahaja. KA cuma ada ruang yang menerima cahaya Matahari yang terang sebelah balkoni belakang tempat mesin basuh sahaja.

KA pasang para beli papan pine di kedai hardware dekat dengan Johawaki, Jalan Sungai Buloh sana. Kedai hardware ni, Chin Chun Hardware terkenal juga untuk orang kawasan Subang dan sekitar. Nama kedai hardware, tetapi kalau orang lelaki masuk dalam tu ibarat orang perempuan masuk kedai berhantu, Eco. Nak beli satu barang, keluar satu troli. Begitulah....

Pada mulanya, KA cuma tanam cili api dan limau kasturi. Entah macam mana, sedar-sedar dah penuh para dan semuanya KA trim ala bonsai. Secara asasnya memang bonsai pun. 

Sebelum ini pernah ada pokok lemon, mulberry, ficus religiosa, cili black pearl dan asam jawa. Malangnya KA pernah kena oustation seminggu lebih dan terlupa langsung nak ajar isteri jadual menyiram dan minta alihkan alas pasu. Balik je dari oustation tengok dah layu, reput akar dah. 

Sekarang ni tinggal ficus microcarpa, ficus benjamina dan pokok cili api yang KA ambil anaknya dari rumah mak. Alhamdulillah la setakat ini subur jugak. Disebabkan tak dapat cahaya Matahari penuh dan growing light KA rosak, pertumbuhan agak bantut la jugak. Campur pulak KA selalu trim sebab nak bagi bercambah dahan.

Gambar atas ni dua minggu selepas kali terakhir KA trim. Kali ni nak biar dia berbuah dulu sebelum nak trim balik. Karang merajuk, apa pun tak dapat. 

Teringinnya nak beli rumah yang ada laman. Moga ada rezeki dalam masa terdekat. Yang penting kita yakin, usaha, doa dan tawakkal kan?

Ulasan

(2)
  1. Wah..leh geng ngan Pak Zain...dia cukup suka bab tanam menanam ni...tangan dia sejuk..semua menjadi..well..semoga dipermudahkan impian nak beli rumah ada laman...

    BalasPadam
  2. semoga tercapai impian nak beli rumah atas tanah, baru seronok berkebun maacam-macam. ramai juga orang pick up hobi berkebun masa PKP

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.