Akok Tok Ayah - Akok Tersedap di Kota Bharu

Alhamdulillah.

Walaupun plan-tak jadi, plan-tak jadi lagi tapi akhirnya jadi juga balik Kelantan semalam. Jadi hari ni KA dah selamat sampai di kampung halaman KA. 

Kampung KA terletak dalam 3km jaraknya dari Pantai Cahaya Bulan. Lebih kurang 5 minit perjalanan ke pantai dan 15 minit ke bandar Kota Bharu. 

Dahulunya Kampung Kedai Buloh sehingga ke Kuala Besar merupakan lajuran perkampungan nelayan yang pesat dan sibuk sekali. Sewaktu zaman kegemilangannya, jalan-jalan tepi sungai sangat meriah dah riuh-rendah dengan bunyi orang-orang bercakap dan bergelak tawa diselang-seli dengan ngauman mesin pemecah ais untuk kotak ikan bot nelayan. 

KA tak tahu mana silapnya sekarang semuanya tiada lagi. Pengkalan tepi sungai berkurangan. KA perasan sewaktu arwah datuk sebelah ayah KA masih aktif dalam kesatuan nelayan kawasan. Kehidupan di tepi Sungai Kelantan sangat meriah. Selepas arwah tiada, kemeriahan beransur suram. 

Kadang-kadang rindu juga suasana meriah yang dulu. 

AKOK TOK AYAH

Berbalik kepada tajuk entri kali ini. KA saja nak kongsi antara kuih Kelantan kegemaran kami suami isteri, Akok. Sebenarnya susah untuk kami nak pastikan yang kuih kegemaran kami ni akok. Sebabnya kesemua kuih Kelantan kami suka. 

Pun begitu, Akok merupakan kuih yang kami tak akan pernah tinggal untuk beli dan makan setiap kali pulang ke kampung. Paling kami minat dan dijamin sedap, tentunya Akok Tok Ayah. 

Kedai yang terletak di dalam perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan sentiasa menjadi tumpuan orang-orang sekitar dan juga luar kawasan. Meskipun kedai Akok Tok Ayah menggunakan ketuhar gas untuk membakar Akok, namun rasanya tetap asli dan mirip Akok yang dibakar menggunakan acuan tembaga dan arang sabut kelapa. 

Antara komen orang luar Kelantan yang tak biasa ataupun baru mencuba kuih Akok adalah, Akok berasa hanyir dan terlebih manis. 

Bagi KA, Akok Tok Ayah ni sangat lembut dan gebu dari teksturnya. Dari rasanya pula, semua rasa seimbang dengan lemak manisnya, rasa 'salai' dari proses pembakarannya walaupun tiada rasa arang sabut kelapa. Lagipun tak semua orang sukakan rasa arang sabut kelapa. 

Tadi pun sempat singgah untuk membeli Akok Tok Ayah terus, bekal untuk berbuka. Malangnya pagi ini semuanya untuk yang sudah ditempah orang sahaja. Untuk walk-in pukul tiga petang nanti baru dibuka slotnya. 

Maka, pukul tiga nantilah ye kami datang balik. 

Sekarang ni singgah kedai gunting dahulu untuk potong rambut mak, isteri dan anak perempuan KA. Nasib baik dah ada saloon muslimah di kampung ni. Tak payah nak redah jem di bandar Kota Bharu. Puasa-puasa ni jem di bandar boleh tahan menduga iman. 

Lepas ni kita cari lauk-pauk pula untuk dimasak petang nanti. 

Lawan pula masak Sayur Pedas Pucuk Midin yang banyak depan rumah mak. Ada budu sikit dan ikan bakar sikit sudah cukup untuk membuka selera tekak Kelantan KA. 

Kalau anda ke Kelantan, jangan lupa singgah kampung KA ye. Waze je Kampung Kedai Buloh. Kat sini juga terkenal dengan batik lukisan tangan, keropok ikan - keping kering dan lekor serta kuih-muih. Tak lupa juga kalau tekan carian Teh Madu Pak Mat dan Sup Kepala Ikan Pak Mat Pulau Pisang juga antara tempat terkenal.

Antara pantai-pantai di kawasan ini termasuk Pantai Kundur, Pantai Kuda, Pantai Mek Mas dan lain-lain. 

Kalau nak mencari destinasi percutian, bolehlah masukkan Kelantan ke dalam senarai percutian anda. Ada masa nanti KA kongsikan lagi tempat menarik di Kelantan. 

Notakaki: Kat kampung ni KA lambat sikit ya blogwalking. Ada masa KA terjah lagi blog kawan-kawan. 

Ulasan

(6)
  1. nak kirim akok!!!! fav saya tu. kalau ada bau asap bla mkn tu lagiiii sy suka��

    BalasPadam
  2. Teringin sangat nak rasa kuih Akok nie.. nanti boleh lah cari bila kami sekeluarga ke Kelantan lagi..

    BalasPadam
  3. lama betul tak ke Kelantan. suka juga makanan di sana walaupun kurang suka makanan manis. saya suka rasa sabut kelapa walaupun saya orang bandar.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Saya pun suka makan akok. Bila la agaknya dapat jejak kaki ke kelantan lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.