Bulan puasa ni tak sah kalau tak singgah ke Bazaar Ramadan kan? Siap ada yang sepanjang bulan Ramadan ni, setiap hari tak pernah tinggal lagi ke bazaar.
Air asam atau pencicah dia pun saya guna resepi agak-agak.
Bukannya tak bagus, tapi bagi saya... mana yang boleh jimat, kita jimat. Kat bazaar kebanyakan yang saya jumpa harga jualannya lebih tinggi berbanding biasa. Ada juga yang lebih rendah namun selalunya yang macam saya cakap tadi.
Selera saya sendiri pula sukakan masakan ringkas sahaja seperti ikan, ayam, daging atau apa-apa yang dimasak secara panggang atau bakar. Kalau berkuah pun saya suka masakan campak-campak seperti singgang, masak asam, sup dan seumpanya.
Macam dua tiga hari lepas, kami laki bini dah tepu nak masak. Isteri nak makan kerang rebus, tapi merata cari kedai yang ada, semuanya dah habis. Baru pukul 11 lebih padahal. Jenuh nak kena bermesyuarat balik membincangkan hala tuju iftar kami sekeluarga.
Sudahnya, saya ke kedai abang-abang dari Aceh tanpa petunjuk untuk membeli lauk apa dan sayur apa. Saya gunakan teknik recce dulu apa yang ada, baru fikir nak masak apa. Lauk pertama saya tengok adalah ikan tongkol putih, tapi dah makan dah dua hari sebelum tu. Tangan terus seluk peti oren berisi ais dan sotong sebab nampak segar-segar.
Terfikir terus menu sotong bakar dengan air asam ala thai tu.
Resepi dia pun bukannya susah, perap je sotong dengan kicap, sos cili, sos tiram, serbuk cukup rasa dan saya tabur sedikit garam dan lada hitam. Tak banyak pun sebab makanan laut bakar ni tak sedap kalau masin lebih.
Saya potong dadu halus tomato, bawang merah, bawang putih, serai, daun ketumbar dan cili padi. Kicap lemak manis cap Kipas Udang, Sos ikan cap sotong, cuka, perahan limau nipis, sedikit minyak bijan dan gula garam sebagai pelengkapnya.
Untuk kuah, cukup dengan tauhu telur masak dengan sawi jepun. Tauhu tu saya goreng sekejap sebelum diangkat dan diketepikan dahulu. Bawang putih ditumis sekejap sebelum dimasukkan air dan perasa. Dah mendidih kuahnya saya terus masukkan sawi jepun yang dah dibersihkan dan dipotong besar-besar. Masukkan tauhu dan telur yang dikacau.
Jadilah kuah dan sayur sekadarnya habuan berbuka puasa kami sekeluarga.
Anak-anak pula tak makan sotong bakar. Nasib baik stok tepung gorengan Bistari selalu ada dalam kabinet dapur. Sungguh pelbagai guna lah tepung ni.
Dari masakan ayam goreng, cendawan goreng, sotong goreng, ayam dan udang buttermilk pun kami gunakan tepung Bistari.
Yang ni pula pajeri nenas pemberian pengasuh anak-anak yang dorang panggil mak. Kami bersyukur sangat jumpa pengasuh yang boleh lebih kurang. Kita pun tak lokek untuk memudahkan urusan dia. Dah macam saudara-mara sendiri. Sebabkan tahu dia suka patin tempoyak yang saya masak. Setiap kali balik ke Chenor,Pahang kami bawa balik patin untuk dimasak dan dikongsi. Kalau tak sempat kami beli, mak mertua dah siap-siap belikan untuk kami bawak pulang.
Begitulah apa yang kami buat untuk mengelakkan dan mengurangkan ke bazaar. Usah memenatkan otak yang dah sedia penat dengan memikirkan apa benda lah nak dimasak untuk berbuka.
Walaupun ada yang sediakan menu 30 hari berbuka, selera kita bukannya kena sangat dengan menu orang. Kalau kita plan sendiri pun boleh jadi selera pada hari kejadian beralih pula. Jadinya, kalau malas nak ke kedai, tengok balik dalam peti ada apa dan olah mengikut selera.
Otak tak penat, duit pun jimat.
sedappnya bakar yg bakar
BalasPadamKan.. simple dan sedap. Buat sambal kicap pun jalan.
Padamsetakat ni sy belum lg ke bazaar.. kalau x tapau lauk (husband yg tapau) sy masak mcm biasa je sbb anak² prefer nasik utk berbuka... mkn mcm dinner biasa je.. kuih² tu kalau ada, sejenis cukup utk moreh
BalasPadamSaya pun sebolehnya elakkan. Ada masa tak boleh elakkan sangat baru singgah. Kami pun memang suka nasi kalau berbuka. Tak sah kalau tak ada nasi.
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamKak Mah baru pertama kali singgah disini,
Waww, Alhamdulillah jimat ni sesuatu yang terbaik..
Masak sendiri lagi bagus kan, Akak Pun tak pernah pergi Ke Bazar Ramadhan ni kecuali terpaksa sangat..
Waalaikumussalam Kak Mah. Terima kasih singgah.
PadamWah kagum saya jumpa lelaki memasak, panggil pun dah KA, silap -silap karang saya tertukar dengan Khairul Amin (KA).
BalasPadamsetuju !! masakan bakar memang mudah lagi-lagi bila ada air fryer haha.
Tetapi saya macam biasa lebih prefer ambil alin membasuh pinggan daripada memasak
Khairul Aming dah level internasional. Saya masih jaguh kampung. Masakan pun selesa masak masakan kampung lagi setakat ni. Sekali-sekala adalah juga cuba masakan negara lain.
PadamBagi sy menu sebegini lagi menambat selera... apatahlagi airtangan sendiri/pasangan lagi sedap :)
BalasPadamBetul tu Puan Hazel. :)
Padamalhamdulillah masih bertahan hingga ke hari ini dari pergi bazaar..nanti2 tak tau la macam mana kan..hihi
BalasPadamKalau tak dapat elakkan nak buat macam mana kan. Nak2 kalau suami isteri masing2 kerja. Kadang balik lambat memang tak sempat la nak ketung-ketang kat dapur.
PadamSEDAPNYA MENU BERBUKA MENYELERAKAN SEMUA
BalasPadamAlhamdulillah.. boleh la buat makan sendiri2 Puan.
Padamyang ringkas tu yg sedap...terliurnya tengok sotong bakar.
BalasPadamBetul sangat.
Padamso far..till today belum lagi ke bazaar ramadhan.
BalasPadamAlhamdulillah.. selagi boleh elakkan, kita elakkan.
Padamwahhh sedapnyaaaaa...
BalasPadamsy g bazar ramadan hari 1st je. lps tu x de pergi dah kecuali sebab2 tertentu je
Sedap masak sendiri kan..
Padamsotong dengan sos kicap tampak sedap dan segar...pajeri nanas baru bagiku. sepertinya asam asam manis dan nikmat..aku pun jika lauk lebih suka dibakar ketimbang digoreng ^^
BalasPadamRingkas tapi menyelerakan tu.
BalasPadamSaya pun berbuka, bersahur ringkas. Sebab cuma berdua, tak rajin nak masak macam2. Nak membeli di bazar, terasa malas nak meredah orang ramai.
Jarang2 para suami turun ke dapur jadi chef, bukan pembantu chef. Kipidap KA! Lama tak makan sotong bakar, biasanya celup tepung & goreng.
BalasPadambetul semua masakan ringkas. dr ke bazaar baik masak.
BalasPadam