Seksyen 7, PKNS dan Raya

Minggu ini jadual isteri menunjukkan yang dia ada night-off pada hari Ahad lepas dan Day-Off pada Isninnya. Kami pun bercadang untuk ke sekitar Jakel di Seksyen 7 Shah Alam. Bukan Jakel tempat tujuan kami, tetapi kedai-kedai sekitarnya yang kami nak singgah.

Seksyen 7 Shah Alam sebenarnya dah bertahun menjadi tumpuan kami sejak awal perkahwinan kami lagi. Zaman bujang dulu, Jalan TAR menjadi destinasi utama untuk saya membeli barangan dan baju raya. Bila dah berkahwin dan tinggal di Subang ni, memang tak terasa la nak ke Jalan TAR. Lebih-lebih lagi memikirkan parkirnya yang jauh dan kepadatan pengunjung Bazaar Raya. 


Kalau ikutkan, di Seksyen 7 ni segala keperluan baju raya kami anak beranak selalunya sekali singgah sahaja sudah siap. Entah kenapa, tahun ni warna tema yang kami pilih untuk beraya sedondong tak banyak pilihan. Baju isteri dan Khayla ada walaupun rekaan tak serupa sedikit sebab baju ibunya ada lace, baju dia tak ada. Dah kena upah orang jahit lace dalam Selaman Bizpark ni. Pukul 5.30 petang macam tu siaplah.

Baju saya dan Andika pula tak jumpa-jumpa yang warna sama. Sudahnya kami ke PKNS di Seksyen 14 Shah Alam pula sementara menunggu lace siap dijahit.

Dekat sana kami lama sungguh. Pusing satu PKNS pun tak jumpa warna yang sama. Saya pula setiap kali raya mesti nak pakai kurta. Kalau beli Baju Melayu memang pakai waktu raya sahaja. Kalau di pejabat, hari Jumaat berkurta lebih selesa. 


Sudahnya, saya beli juga kurta yang warna lebih kurang warna walaupun tak sebiji serupa dengan baju si ibu dan Khayla. Baju raya sekarang pula harga dah tinggi-tinggi juga. Kebanyakannya RM150 ke atas barulah dapat kain selesa sikit. Kalau baju perempuan, RM250 dah kira murah kalau nak kain yang selesa dan rekaan yang menarik sedikit. 

Dalam PKNS Shah Alam ni pun kami pusing punyalah lama untuk padankan warna baju Andika pula. Sekiranya tahun lepas-lepas warna yang kami nak pakai ni banyak sangat pilihan, tahun ni lain pula ceritanya. Hampir tak ada pilihan. Hujung-hujung nasib baik ada juga kurta sehelai saiz dia. Syukur sangat sebab kalau tak jumpa juga, kena set balik cari lain kali. Dengan jadual kerja ibunya yang ikut shift, susah juga. 

Lepas jumpa tu barulah kami berasa nak buang air lah apalah. Kami ambil masa sikit untuk rehat dan tunaikan apa yang patut. Sedar tak sedar jam dah dekat pukul 4 petang. Isteri saya cakap  kat luar bangunan ni ada bazaar Ramadan. Kami pun berkira-kira elok juga terus membeli juadah sebab tak sempat nak balik masak, nak ambil baju Khayla lagi. Kalau ikutkan KA nak masak nasi ayam untuk berbuka, tak kesampaian. 


Mak datuk... meriah sungguh bazaar Ramadan kat luar bangunan. Terkejut juga saya pertama kali tengok sebab ingatkan biasa-biasa sahaja masa isteri cakap tadi. Level lain sungguh bazaar di PKNS ni. Kepelbagaian lauk-pauk dan makanan serta minuman lain memang banyak sangat. Dah lama tak rambang mata macam ni bila masuk bazaar. 

Nasib baiklah otak mengatasi nafsu. Saya ambil nasi kerabu daging bakar sebungkus, puding karamel dua keping untuk dikongsi makan dengan isteri dan kopi vietnam ais. Isteri saya ambil nasi kerabu juga, tapi lauk daging goreng dan paru sambal. Dia tapau coconut shake satu, teringin katanya. 



Nak ambil gambar elok-elok pun tak boleh sebab duk melayan mata galak melilau tengok bermacam jenis makanan. Dengan perut pula lapar, dan kaki dah mulai longlai... fikir nak cepat selesaikan membeli dan balik saja ni. Bila dah petang dan keluar hanya berdua, mulalah duk bercakap pasal anak-anak. Kami jarang keluar berdua sahaja dan tinggal anak-anak di rumah pengasuh, saya rasa termasuk yang ini dalam 3 4 kali baru kami keluar berdua lepas dah ada anak. 

Selesai membeli juadah, kami terus patah balik ke Seksyen 7 dengan gigihnya. Sampai sana dekat pukul 5 sebab jarak dari PKNS ke Seksyen 7 dalam 10 ke 15 minit saja. Lepas parking kereta, kami terus berjalan laju-laju ke tempat tukang jahit lace tadi. Saja nak tanya mana tahu dah siap. Sekali, memang belum siap lagi.

Kami ambil masa sikit untuk ke rehat dan buat apa yang patut sementara menunggu. Masa ni mata dah rabak habis. Mengantuk pun ya. Nak tak nak, kami putuskan untuk tunggu juga walaupun boleh ambil pada hari lain. Bila difikirkan balik, hari lain tu bila pula lah kami ataupun saya seorang sempat pergi. Saya pun dah buat dua tiga kerja sekarang ni. Risau tak sempat saja nanti. 

Alhamdulillah.

Tak lama lepas tu tukang jahit telefon beritahu baju dah siap. Apa lagi, kami terus bergegas ambil baju dan bergerak balik. Nasib baik laluan balik kami melawan arus orang balik kerja. Tak adalah sibuk mana jadi jalannya walaupun jalan bertentangan semuanya macam siput. 

Kesudahannya, dapatlah kesemua baju yang kami nak walaupun ada lari sikit-sikit warna. Macam biasa, tudung si ibu dan kakak pastinya akan bersambung di lain pengembaraan. Memang ajaib sebab dalam banyak-banyak kedai tudung yang bermacam warna dan corak, satu pun isteri saya tak berkenan. :P





Ulasan

(6)
  1. Bagi PH, kalau selesai bab pakaian raya dah lega sangat :D

    BalasPadam
  2. meriahnya kompleks pkns time bulan puasa...tumpuan org ramai shopping raya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Kami dahn bertahun dah ulang alik sini musim raya atau tak. Paling tak pun Aeon Shah Alam

      Padam
  3. SA bab pakaian dah settle...bab kasut jer lagi ni...hahahaha

    BalasPadam
  4. Baju dah dapat, tinggal nak perang tudung pula. Saya pun sekarang tgh struggle nak cari tudung.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.