Templat Blogger 'Starter' - Best, Responsive dan Mesra SEO

 


KA percaya sebagai blogger, kita semua nakkan laman blog kita kelihatan kemas dan teratur kan? Kadang-kadang kita akan dilema dalam memilih atau mengatur rekaan laman blog kita. KA sendiri juga dah beratus kalau tak beribu templat yang KA telah cuba. Yang percuma & berbayar, semuanya KA cuba. 


Baru-baru ni KA dalam mod insomnia sampaikan keluar masuk bilik pun tak boleh tidur. KA buka laptop dan scroll blog kawan-kawan blogger. Dah rasa macam nak cari templat untuk blog KA ni pula. Browse punya browse, KA terjumpa templat 'Starter' dari ProBlogger Templates ni. Saje cuba yang percuma dahulu. Sekali tengok memang smooth je loading, responsive dan mesra SEO. 

Antara features yang KA rasa sangat KA suka adalah, templat ni kalau kita nak customize tak perlu main coding / HTML banyak. In fact, KA tak bukak langsung HTML editor. Semuanya ada di Layout.




Tengok, even footer pun senang-senang je nak edit (untuk Paid Version). 

Lagi yang KA suka adalah sidebar widget yang ada ruangan komen terbaharu. Ini kalau masa aktif berblogging dulu memang sangat berguna untuk blogwalking sebab tak payah buka Reading List dah. Terus klik-klik kat situ je. 


Cumanya KA masih lagi explore kut boleh exclude-kan komen KA dari list tu. 

Untuk blogger yang serve servis pengiklanan macam Google AdSense dan lain-lain, templat ni sangat berguna kerana disamping ada ruangan untuk kita letak code pengiklanan di header, sidebar dan footer... Templat 'Starter' ni dah sediakan ruangan untuk kita letak code pengiklanan sebelum dan selepas pos (bawah Related Post @ Artikel Terkait). Semuanya boleh ditambah guna Layout setting. Even nak edit Top Menu Navigation pun boleh edit kat situ. Mudahkan?

So, kalau korang nak cuba dan muat turun templat ni boleh lah lawat landing page Starter Blogger Template ni. Demo boleh tengok kat blog ni je lah ye. 

Semoga bermanfaat. 





Write a comment