Andika-ku Lasak!

Anak no dua. Jantan pulak tu. Puas hati. Teman bergaduh ayah. Bermain tak pernah lembut. Semua benda nak dibaling. 

Tadi bakul baju terbang. Nasib baik ada belajar ilmu alam dan ilmu hisab masa sekolah... sempat elak. 

Masa mandikan dan masa basuh berak paling rasa hilang kejantanan aku. Kalau tak lencun baju kita ni tak sah. Bab makan... hui... nak cakap memilih tak jugak. Kalau masa dia ngam elok dengan nak makan, nasi lauk ikan selayang goreng berkuah kicap pun bertambah-tambah makan. Kalau masa dia tak nak, grilled wagyu with slices of truffle pun tak nak. 

Layan je la dik. Janji membesar bagaikan juara dah la ye. Esok-esok kita bukak cafe jurugambar macam yang kita bincang semalam okay?

Andika-ku. ❤

Ulasan

(4)
  1. Anak lelaki, begitulah..Ada lasak dia. Nanti dah besar, rindu pulak kenangan lasak dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tengah buat kerja dekat ofis pun kerap teringat kat keletah anak2.

      Padam
  2. Biasalah anak jantan. Tak sah kalau tak lasak. Part makan, anak² ada fasanya. Nanti bila dia dah berselera, confirm! Kita pulak rasa nak je suruh dia stop makan. 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul jugak tu. Kakaknya umur 4 tahun dah hantar tadika baru berselera makan. Sekarang ni suap apa pun makan.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.