Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu oleh sekalian warganegara Malaysia. Pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 diluluskan. Namun kita tunggu syarat-syaratnya pulak. KA duk bercadang juga ni nak keluarkan nak letak kat TH atau ASNB. Ada apa-apa senang.
Dari FB PM:
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Korang keluarkan ke tak kalau lepas?
wah bagus rencananya keluarkan simpanan untuk pelaburan r simpan di TH
BalasPadamBukan apa. Selagi boleh keluarkan, kita keluarkan letak kat tempat yang senang bila nak guna nanti.
Padamkalau betul2 memerlukan mmg harus dikeluarkan..
BalasPadamYang penting kena ada perancangan.
Padamsaya kerja kerajaan..x de kwsp dah. kalau keluar kan utk tujuan yg betul, x de masalah
BalasPadamtakpe. kerja kerajaan ada pencen. KA ingat nak keluar masuk tabung haji atau asb. Simpanan kecemasan.
PadamSeronok ke tak seronok ni?
BalasPadamseronok jugak ni.. kambus balik lubang yang digali tahun sudah :D
Padamkalau ammi, ammi keluarkan sebagai "payung" memandangkan job suami ammi alahaiiiiii payahnya nak masuk semenjak covid ni.
BalasPadamBetul. Suami Ammi business apa tu?
Padam