Tak tahu dah nak cakap macam mana. Kebelakangan ni makin kerap pula isu kelambatan servis penghantaran dari JnT ni. Dalam FB group komuniti sini pun ramai mengadu.
Ada orang memerlukan barang tu segera. Tapi ada juga komen mengatakan kalau nak pakai segera, pergi la beli walk in. Yang mereka tak tahu, ada barang yang memang susah nak jumpa ataupun tak ada di kedai berdekatan.
Macam KA, baru ni Loki beranak tiga ekor. Seekor tu dia macam taknak menyusukan. KA tahu mungkin anak yang seekor tu tak sihat dan Loki pinggirkan. Tapi kita sebagai tuannya, kesian la jugak. Sekurangnya kita berusaha merawat.
Nampak si putih tu badannya lebih kecil dan kurus berbanding adik-beradiknya yang lagi dua. Nak tak nak, kami pesan susu untuk kucing melalui aplikasi grab. Susu dan feeding nipple. Suap pakai syringe dan pakai feeding nipple tu macam taknak sangat dia. Mungkin sebab muncung keras agaknya.
KA recce puting yang sesuai. Ramai suggest Miracle. Tengok harga boleh tahan. Tanya dalam group memang takde kawasan sini. Sudahnya buka shopee.
Harga keras juga. RM50 lebih juga satu set ni. Yang mahalnya nipple khas tu. Barang lain harga biasa je.
Balik kepada isu delay tadi. Selalunya kalau sama-sama dalam Selangor, paling lama 3 hari dah sampai. Kali ni menguji betul. Semalam baru sampai selepas seminggu pesan. Yang sedihnya, si putih tu dah selamat bertemu pencipta. Sedih sangat.
Nak buat macam mana, ajalnya dah ditetapkan. KA cuma terkilan la dengan servis JnT kali ni.
Set nipple ni KA nak cuba jual balik la kat orang yang berdekatan ataupun sedekah.
Semoga yang lagi dua ketul ni panjang umur sihat walafiyat la hendaknya.
Saya pun alami masalah yang sama dengan Jnt. Seller dah hantar barang cepat dah... Jnt peram sampai 5-6 hari!
BalasPadamPuting tu memang kayangan sedikit. Saya selalu kalau anak kucing kena pinggir ibu atau tak cukup makan, saya suapkan susu pakai syringe paling kecil. Tapi, kena perlahan-lahan jangan sampai kucing tu tersedak.
Saya suap pakai syringe jugak. Tapi kebanyakan masa menolak.
PadamItulah.. geram betul JNT ni.
comelnya kucing...selalu dgr J&T ada prob.
BalasPadamMember order barang elektronik mahal pun sangkut. Lepastu tengok orang share barang kat branch JnT bersepah. Ghisau
PadamAdik ammi kerja dgn JNT..mmg ada masalah pengurusan dorang ni. Suka-suka tarik balik status permanent staff kepada part time (bermakna no more basic salary), reduce harga komisen setiap parcel.. memang larilah semua runner
BalasPadamAda baca semalam. Kesian sungguh. Business kencang tapi cekik runner dan despatch.
Padam