Alkisahnya...
Dulu... dalam lingkungan umur KA belasan. Sebelum KA mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. KA pernah berulangkali menyelak helaian buku kumpulan puisi Bunga Gerimis di teratak arwah Tok Ayah.
Buku ayah atau buku pakcik dan makcik, KA lupa hendak bertanya.
Semasa KA memulakan pengajian di suatu kolej swasta di Taman Shamelin. KA teringat akan puisi-puisi yang malar segar di dalam Bunga Gerimis. Rasa nak sangat baca ulang baca.
Cuti semester menjelang. KA pulang ke kampung halaman. Bergegas ke rumah arwah Tok Ayah dengan niat nak mencari si Bunga Gerimis. Malang, Bunga Gerimis entah ke mana.
Kini, umur KA 30-an barulah KA kembali dapat menatap rangkap-rangkap indah Bunga Gerimis. Nasib baik terjumpa ada yang ingin melepaskannya di e-shop, Carousell. Sungguh... terubat rindu.
Menyelak helaian Bunga Gerimis sambil menghirup kopi dibancuh segar ketika turunnya gerimis. Damai.
Helai-helai daun yang luruh
kadang-kadang mengingatkan
di manakah di garis peta ini
tiba perjalanan dan berdiri kita
hutan yang diredah
atau padang terentang
ingatan yang dipapah
atau mimpi yang tiba-tiba terdiam
Pada Usia Ini | Lim Swee Tin
1985
Peminat sajak ye KA.
BalasPadamSaya minat sajak tulisan Baha Zain: Kita Mainan Waktu.
Minat sangat tapi masih bertatih untuk memahami bait-bait puisi. Cuma KA ni kat luar orang yang kelakar. Sesekali bermadah kena gelak. :D
PadamAyat berbunga dalam maknanya..
BalasPadambetul. Kadang tu maksud dia lambat sampai.. lama fikir, bila dah sampai tu terus ke jiwa
PadamKalau tak silap dulu masa belajar aliran sastera di tingkat empat guna buku Bunga Gerimis nie.. tapi tak Kak Sue boleh nak bawak sebab lebih minat aliran perdagangan..
BalasPadamBetul. KA first baca rasanya buku pakcik atau ayah masa sekolah
Padamdalam maksud tu..
BalasPadamindeed :)
Padamsuka dengar orang baca puisi diiringi background music sentimental..
BalasPadamdamai kan?
Padamabe pun baru skrg berjinak2 dgn teks sastera Melayu. Semlm order 'Badai Semalam' di Shopee.
BalasPadamNanti review la Abe Kie. Ulasan dari warga pendidik ni kemah sikit
PadamSaya pun suka puisi.
BalasPadamSaya follower ke #199. Terima kasih singgah ke blog saya.
Terima kasih banyak ye NA :)
Padamwah cayalah peminat puisi ni. Orang kata jiwa yang seni memang sungguh menjiwaiii ayat-ayat puisi apa lagi bahasa-bahasa klasik yang lama seperti gurindam. pantun dan seangkatan dengannya.
BalasPadamBetul. Mungkin kerana terdidik dengan meneliti setiap bait yang diutarakan.
PadamKalau baca buku ini dengan muzik mesti lagi feeling kan. :')
BalasPadamSangat!
Padam