gambar: Saujana Agro Trading FB |
Biasalah kan, time-time macam ni perut pun meminta dibelai. Kepala asyik teringatkan singgang daging dan daging goreng kunyit. Oleh kerana KA ni asal Kelantan, memori setiap kali Raya Qurban pasti terlintas.
Sama-sama rebahkan lembu, lapah, siang, masak dan akhirnya makan. Sebenanrnya paling KA ingat adalah bahagian makan! Antara menu wajib setiap kali tiba Raya Qurban adalah sup daging (termasuk tulang, kaki, keting, dsb.), singgang dan juga goreng kunyit.
Lain tau feel makan daging tempatan segar dan makan daging import. Rasa dan bau daging mentah pun dah lain. Apatah lagi kalau dah masak.
Sebut pasal menu singgang daging, menu campak-campak dan paling mudah lah KA rasa bagi menu berkuah ni. Sebabnya bahan-bahan yang digunakan sangatlah sikit dan cara masak jugak seringkas abc dan memang campak-campak je.
Selain daging yang merupakan bahan utama, kita cuma perlukan beberapa biji cili kering (terpulang nak jenis yang pedas atau tak), bawang putih, bawang merah, biji ketumbar, lengkuas sebesar ibu jari dan asam keping. Itu je.... (sambil taip ni sambil flashback balik kot terlupa bahan). Untuk masak, KA senang je. Daging ke tulang ke atau daging campur tulang terus masuk je ke dalam air mendidih lepas tu masukkan bahan-bahan yang KA bagitahu tadi tu, campak je (dipotong dahulu kecuali asam keping @ asam gelugor).
Masuk garam dan perasa sikit kalau suka, tunggu daging empuk, dah siap.
Lebih kurang juga dengan goreng kunyit. Cuma goreng kunyit ni kena tunggu daging empuk dulu baru boleh start goreng. Walau macam mana pun, KA ada dua cara. Sama ada letak daging dalam kuali dengan air paras daging dan tunggu kering air baru goreng ataupun hiris daging nipis-nipis untuk digoreng kilas.
Bahan-bahannya pun sangat ringkas. Selalunya KA tumbuk kasar halia, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup. Kalau nak pedas, boleh tumbuk sekali cili sikit. Cili padi ke cili besar ke tak kisah ikut selera masing-masing. Lepas daging empuk, KA masuk minyak masak sikit dalam kuali dan campak je bahan-bahan tumbuk tadi. Potong cili dan bawang besar holland sikit tabur dan goreng kilas sebelum masukkan perasa. KA suka letak sedikit sos tiram atau sos berperisa tiram.
Kalau daging yang hiris nipis-nipis KA tumiskan bahan tumbuk dulu secukupnya sebelum masuk daging. Yang cara ni kena make sure goreng sekejap je sebab takut daging liat.
Dua menu ni sangat sedap juga kalau dimakan untuk berbuka dan bersahur. Untuk sup tu KA akan share dalam entri lain ye. Sebab nak share sekali satu rempah kering yang istimewa dan sangat rare.
Lagi satu, bagi yang ada sekitar Subang (Bestari, Perdana, Subang Dua, Elmina, Saujana dsb.) yang nak makan daging segar daging tempatan. Boleh komen ataupun hubungi nombor dalam poster kat bawah ni.
Kami ada menyediakan khidmat penghantaran untuk yang duk area sini atau jauh sikit dengan caj. Pick-up atau delivery pada 1 April 2022 sahaja. Kot ada orang nogori yang duk sini nak mengimbau Mantai Ramadan, mari order cepat.
sedap kan kalau dapat daging fresh baru korban. Buat sup pun sodap tambah dengan sambal kicap. Perghhhhh lapor terus bila terngat, hehehe
BalasPadamYe sungguh. Nak2 daging tetel tu goreng kunyit. Daging ampur lemak tu bila gigit cair je kat dalam mulut. Peh
PadamSedap menunya tambahan daging segar..
BalasPadamBetul.
Padam