Melangkah Untuk Dapatkan Haluan


Sebagai seorang salary man, KA juga tidak dapat lari dari terperangkap dalam zon selesa. Bukan KA mengatakan zon selesa itu tidak bagus. Sekiranya kita ada perancangan untuk mengejar kemajuan diri, pastinya kita tidak boleh terpasung di zon selesa semata. 

Jika kita memang sudah mencapai apa yang diimpikan, tiada masalah untuk kekal berada di situ dan teruslah bersyukur. 

Hujungnya, tentang syukurlah yang akan memisahkan kita atau menyatukan kita dengan bahagia. 

Bila sebut pasal impian dan bahagia. Semua orang ada definisi sendiri tentang bagaimana kebahagiaan yang ingin dicapai. Maka, bergeraklah dan melangkahlah ke arah apa yang kita ingini. 

Berbalik kepada cerita KA.

KA kerap terperangkap di dalam zon selesa tetapi dalam masa yang sama mengharapkan perubahan yang nyata. Suatu situasi yang memang tidak kena. Terutamanya dari sudut pekerjaan. Nak tak nak, KA kena juga melangkah keluar dari zon selesa jika KA nak menggapai bintang. 

Ada benda kita kena lalu dulu untuk kita memahami liku-liku yang mendatang. Jangan pula kita langkah tanpa sebarang perancangan terdahulu. 

Buatlah plan A, B atau sehingga Z terus supaya kita dapat mengawal situasi dan keadaan luar jangka nanti.

Pendek kata, hidup kita ini kita yang pilih jalannya. Jika kita sudah rasa cukup berpuas hati dan bahagia dengan cara kita. Tak salah untuk kita kekalkan. 

Ulasan

(2)
  1. yes. abe kie pun berada dlm zon selesa yg x terkesan semasa PKP lps. Tp jika nak keluar drp zon selesa ni mungkin tidak la...mana tahu terjadi PKP lg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik jangan. Zon Abam Kie ada clear career path, self development juga bagus dalam line tu. Yang penting tugas dan jasa seorang pendidik sangat besar.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.