Innalillah... KL petang ni dikejutkan dengan perkhabaran banjir lagi. Banyak tempat termasuk sekitar KLCC, Jalan Pinang, Kuchai Lama dinaiki air. Tak tahu di mana silapnya kebelakangan ini makin banyak dan kerap pula kes banjir besar di Lembah Klang ni.
Kawasan yang telah mula di naiki air sekitar Balai Dang Wangi.
- Jalan Sultan Ismail / Jln Ampang
- Jalan Leboh Ampang
- Jalan Raja Laut (Sogo /Pertama)
- Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.
Antara tempat yang menerima amaran adalah seperti berikut;
Sungai Yang Melepasi Paras Amaran
1. Sentul - Sg Batu
2. Jambatan Sulaiman - Sg Klang
3. Lebuh Pasar - Sg Klang
4. Jalan Parlimen - Sg Gombak
Sungai Yang Melepasi Aras Bahaya
1. Jalan Tun Razak - Sg. Gombak
Bila tengok gambar-gambar dan video-video yang dikongsi di group-group whatsapp, terus rasa luluh hati mengenangkan kesusahan yang dilalui mereka yang terlibat. Ada bangunan terkenal juga turut menerima tempias sehingga kebocoran di lif-lif dan bahagian dalam premis.
Semoga mereka yang terlibat dikurniakan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Sekarang ni warga Lembah Klang turut tak senang duduk apabila datang sahaja hujan lebat. Kalau dulu-dulu kawasan-kawasan yang ada projek pembinaan je yang buatkan warga panik, sekarang ni tak kira tempat.
Berhati-hatilah kita semua ye.
Bila la nak selesai banjir kilat ni....
BalasPadamItulah. Ghisau!
PadamHarap ada pihak yang ambil peduli hal banjir ni macamana nak solve. Semoga Allah permudahkan segala urusan mangsa yang terkena banjir kilat ni. Aamiin...
BalasPadamBanyak jugak aspek yang menteri2 kena ambil tahu ni. Dah banyak pulak pembangunan yang tak ambil kira masalah banjir yang dah diluluskan lama.
PadamEntah bila nak settle bab banjir ni..nasib semalam balik kerja pilih naik train...kalau pilih naik bas, x tau la berapa lama terkandas
BalasPadamEntahlah kan. Sekarang ni risau je kalau bos suruh meeting kat tengah KL.
PadamMoga masalah banjir kilat ni dapat segera diselesaikan. Simpati pada nasib yang menimpa mangsa-mangsa.
BalasPadamHarapnya macam tu lah
Padam