credit:https://www.hrzone.com/ |
Ini sekadar apa yang KA rasa setiap kali berbicara soal Cuti Tahunan atau Annual Leave ni. Kalau rasa okay, amalkan... kalau rasa tak okay boleh betulkan. Kalau rasa menyampah, abaikan.
Sepatutnya cuti tahunan seorang pekerja digalakkan ambil bukan dihalang. Apabila seorang pekerja mengambil Cuti Tahunannya, sepatutnya majikan:
1. Jangan tanya kenapa dia perlu bercuti. Jika borang permohonan AL mengandungi bahagian untuk memberikan sebab untuk AL, hapuskannya. AL disediakan oleh Syarikat untuk kakitangan sebagai manfaat dalam bentuk hak yang sah dan pekerja tidak perlu melakukan kerja Syarikat (BACA: BUKAN setakat TIDAK DATANG bekerja) tetapi tetap dibayar. Itu hak dia, bukan tugas majikan mempersoalkan. Ini dahlah tak bagi AL, tapi ada lebihan nak burn-burn pulak. Bayar taknak pulak.
2. Membenarkan sekian-sekian bilangan pekerja mengambil AL selagi mana tidak mengganggu perjalanan operasi syarikat. Jika ia berlaku, maka orang atasan mungkin telah gagal dalam kedudukannya sebagai dari segi perancangan tenaga kerja pasukannya. Jangan pulak nak letak kesalahan kepada orang bawah.
3. Menolak permohonan AL dari seorang pekerja bukan memansuhkan kelayakan AL mereka. Setiap kali AL ditolak, syarikat berhutang dengan pekerja dalam bentuk peruntukan AL.
4. Galakkan kakitangan untuk menggunakan semua kelayakan AL-nya pada tahun berkenaan. Semak dan pantau dari semasa ke semasa baki AL kakitangan anda. Jika masih ada baki, dorong (jangan paksa) mereka untuk menggunakan AL sebelum akhir tahun. Pertimbangkan untuk membuat jadual AL untuk pasukan anda pada awal tahun (atau sejurus sebelum itu).
5. Apabila kakitangan anda berada di AL, dia bukan sahaja tidak dijangka datang bekerja, tetapi sebenarnya tidak perlu melaksanakan kerja Syarikat sama sekali dalam tempoh cuti tersebut. Jika anda masih berkomunikasi dengannya semasa AL-nya, maka sebaiknya batalkan AL dan letakkan dia dalam WFH.
Kita mungkin patut pertimbangkan perkara ini sebagai inisiatif HR. AL diperuntukkan oleh undang-undang kerana manusia kadangkala perlu melepaskan diri dari rutin tempat kerja mereka. Pekerja juga manusia.
Jadi tolong uruskan manusia secara berperikemanusiaan.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.