7 Kepentingan Mempunyai Domain Sendiri (Custom Domain)

 

Exabytes: Salah satu penyedia hosting dan domain yang terbaik.

Kebanyakan kita memulakan perjalanan blog kita dengan platform blog percuma yang kita tumpang jadi subdomain mereka. Sebenarnya kita perlu mempunyai domain sendiri bagi memastikan kejayaan blog dalam pelbagai sudut. Contohnya; kedudukan enjin carian, trafik berkualiti, kelulusan Google Adsense, pembinaan komuniti dan banyak lagi.

Mengapakah anda perlu menggunakan custom domain untuk blog anda?

Terdapat pelbagai kelebihan custom domain untuk blog anda. Kat bawah ni sedikit sebanyak maklumat yang KA dapat cari:

1) Supaya Blog Kita Mudah Dijumpai

KA percaya yang setiap blog adalah istimewa, tetapi ia perlu senang dicari atau dijumpai supaya lebih luas capaian maklumat yang kita ingin sampaikan.

Zaman sekarang ni, orang nak cari apa-apa, dia terus buka browser atau Google dan menaip apa yang ingin dicari. Jika blog kita mempunyai custom domain, enjin pencarian akan memberi keutamaan.

2) Blog Kita Mudah Diingati

Pilih nama yang senang diingati. Ini kerana kita cenderung untuk melupakan perkataan atau perkara yang sukar untuk kita sebut. Jadi pilih nama domain untuk blog anda yang mudah diingati, pendek dan paling penting yang berkaitan dengan anda- penulis dan blog anda. 

Contohnya www.stanzaku.com lebih senang untuk kita ingat berbanding stanzaku.blogspot.com dan jika pembaca ingat perkataan stanzaku sahaja pun sudah cukup untuk memulakan pencarian yang tepat di enjin pencarian Google.

3) Lebih Mesra Enjin Pencarian

Perbezaan antara halaman blog pada custom domain vs subdomain tidaklah besar- tetapi, dengan perubahan dalam algoritma enjin carian yang melibatkan lebih banyak perkongsian sosial, custom domain memainkan peranan penting kerana orang suka berkongsi blog yang kelihatan profesional.

Ia juga membolehkan anda memaksimumkan SEO anda dengan menggunakan pelbagai plug-ins dan software add-ons.


4) Membantu Page Rank Blog Anda

Pautan balik (Backlink) yang anda dapat pada catatan blog anda adalah metrics utama yang menyumbang kepada page rank-nya. Apabila anda bagi blog anda custom domain, enjin carian tidak melihat nama domain sebagai laman sesawang yang berasingan (sepertimana jika kita mengguna subdomain) dan semua backlink akan tertumpu kepada domain blog kita dan meningkatkan populariti keseluruhan tapak blog anda, yang seterusnya, meningkatkan page rank blog anda.

5) Mengekalkan kestabilan SEO dan Alexa Ranking

Jika kita lambat bermula dengan custom domain. Apabila blog kita sudah mula menerima trafik yang tinggi  dan popular nanti baru kita nak tukar, ia akan menimbulkan masalah pada SEO dan Alexa Ranking blog kita.

6) Mempengaruhi Kelulusan Google Adsense

Mendapat kelulusan Google Adsense adalah cita-cita setiap blogger, kerana ia adalah cara terbaik untuk mendapatkan wang melalui blog.

Macam yang KA alami sekarang, sebelum ini Google Adsense dah diluluskan untuk url di bawah blogspot. Lepas tukar ke custom domain, kena apply balik. 

Mengikut statistik -Google Adsense hanya menerima 3 akaun bagi setiap 1000 permohonan yang mereka terima setiap hari. Pasukan Adsense mengambil custom domain dengan lebih serius daripada nama domain percuma.

Oleh itu, memiliki custom domain untuk blog anda meningkatkan kemungkinan anda mendapat kelulusan untuk serve Google Adsense.

7) Peluang Pengiklanan

Kebanyakan penyedia pengiklanan susah dan ada yang tak ambil langsung jika publisher menggunakan domain percuma. Jadi anda mungkin kehilangan sebahagian besar peluang untuk menambah pendapatan.

Jadi, jika anda nak tengok penyedia custom domain dan hosting, KA syorkan usha Exabytes. Banyak pakej dan promo menarik tengah ada. Boleh klik banner kat bawah ni untuk dapatkan promosi yang menarik.


Semoga usaha kita semua membuahkan hasil

Write a comment