Mydin Mall Kelantan Berkonsep Baru


Mydin Mall Terbesar Malaysia Dengan Konsep Baru ! 

10 Mac ini, Mydin bakal membuka cawangan terbaru yang juga merupakan Mydin Mall terbesar di Malaysia dengan keluasan keseluruhan hampir 1 juta kaki persegi. 

Gambar: Padu Beb

Tetapi, yang paling kami suka dan nak puji pihak Mydin adalah konsep baru di mana mereka membina surau di bangunan berasingan (separate building), tetapi tetap mempunyai hubungan (connection) melalui jejantas dengan bangunan kompleks membeli-belah utama. 

Gambar: Padu Beb

Gambar: Padu Beb

Memudahkan ayah-ayah yang tunggu dalam kereta atau orang dari luar nak menumpang solat juga. Tak perlu la penat nak masuk dalam mall, tercari-cari escalator dan sebagainya. Pada masa yang sama, pengunjung dalam mall pun tetap senang untuk ke surau kerana ada jejantas. 

Satu lagi konsep menarik di Mydin Mall Tunjong ini adalah pengenalan Bazar Siti Hawa yang akan menjual pelbagai produk kering dan basah dari peniaga-peniaga tempatan. Bazar ini berkeluasan 76 208 kaki persegi, 177 lot kedai. 

Gambar: Mydin Kelantan

Tahniah Mydin kerana bantu menyokong usahawan kecil dan sederhana !

📍 Mydin Mall Bandar Baru Tunjong, 16010, Kota Bharu, Kelantan

Ulasan

(6)
  1. Seronok tengok orang Islam maju dan berjaya..🤲🤲👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Semoga lebih banyak pemilik perniagaan muslim berkembang maju.

      Padam
  2. Elok la ada surau. Senang boleh sembahyang kat situ bila dah masuk waktu. Kan.

    Di Sarawak, tak silap dah ada jugak Mydin. Cumanya Fiza tak berkesempatan lagi nak jejak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekarang kerap juga ke Mydin. Banyak barang dan murah.

      Padam
  3. Alhamdulillah.. menarik konsep dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Rasa tak sabar pulak nak singgah.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.