5 Petanda Anda Melakukan Benda Salah


Setiap orang pernah melakukan kesilapan di dalam membuat keputusan. Itu fitrah sebagai manusia. Memang kita takkan pernah mampu lari dari melakukan kesilapan. Akhir ini saya juga merasakan selalu buat silap. Kekadang, kesilapan yang dilakukan itu memberi kesan yang hebat terhadap kehidupan seharian dan juga arah tuju masa depan.

Kesilapan demi kesilapan yang berlaku akan membuatkan kita merasa keseorangan sehingga merasakan semua orang memandang akan kesilapan kita. Jika anda juga merasakan yang anda selalu beralasan, baca artikel ini untuk mengenalpasti kelakuan anda tatkala melakukan kesilapan.

1. RASA GELISAH

Gelisah dan panik. Lantas menjurus kepada tekanan. Jika anda rasa gelisah yang teruk, lebih kerap. Ambil lah langkah berjaga-jaga kerana ia akan merudumkan prestasi seharian anda. Kenal pasti punca dan minta nasihat orang yang sewajarnya jika anda tak mampu mengatasinya seorang diri.

2. SUKA MENGELAK

Jika anda bekerja, anda akan mengelak dari melakukan sesuatu kerja dan paling teruk, menghabiskan cuti tahunan dengan cepat! Jika anda cuba mengelak dari seseorang, lebih-lebih lagi bos anda... jelas anda akan melakukan kerja lain selain dari yang disuruh. Cuba kenal pasti puncanya dan tarik nafas serta fikirkan jalan penyelesaian. Kadang-kadang bendanya tak rumit mana.

3. SELALU BERANGAN AKAN MASA DEPAN YANG TAK PASTI

Semua orang pasti ada menyimpan angan-angan. Namun jika terlalu kerap angan-angan yang sama hadir tanpa ada sesuatu yang kukuh telah dilakukan. Itu akan menjadi permulaan masalah. Lebih-lebih lagi jika anganan yang tak berpijak di Bumi yang nyata. Tak salah mengangani kehidupan yang lebih baik, namun harus disertakan tindakan.

4. KESAN NEGATIF TERHADAP FIZIKAL

Murung, cepat marah, selalu keluh kesah. Ini semua akan datang jika kita mula melakukan kesilapan. Tak kurang juga hilang selera makan dan juga hilang tidur. Jika kesan ini keluar ke permukaan, agak susah untuk menghilangkannya. Perhatikan tanda-tanda ini.

5. ORANG KEPERCAYAAN TURUT MEMPERSOALKAN TINDAKAN

Sila perhatikan orang sekeliling kita yang selama ini sentiasa menyokong kita. Jika kita melakukan kesilapan, mereka juga turut was-was. Namun, tak semestinya setiap pandangan orang perlu kita percaya. Jalinkan kepercayaan dengan raka-rakan dalam lingkungan 2 atau 3 orang yang boleh diharap. Boleh diharap di sini bukan bermaksud sentiasa menyokong kita betul atau salah.

Kitra harus sedar, melakukan perubahan di dalam kehidupan bukannya sesuatu yang mudah apatah lagi jika perubahan yang mendadak. Namun, adakan kita ingin kekal di dalam kotak yang sudah pasti kelam atau keluar dan menjelajah ruang yang masih belum pasti?

Ulasan

(13)
  1. JIKA DITEGUR KERANA TLH BERBUAT SILAP JGNLAH MELENTING YA...

    BalasPadam
  2. saya ni mmg slu buat salah, kdg2 xleh nak fikir salah ke... betul... blur semacam, bila kena marah dah jd masak telinga saya... huhu... Allhamdulillah sikit-sikit saya berubah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah. Manusia kan.. janji kesilapan sama tak berulang.

      Padam
  3. selalunya kalau buat salah kita sendiri rasa seram sejuk..
    automatik kan reaksi badan kita :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak nak kalau buat silap masa kerja. Pening lah kejap.

      Padam
  4. Kena berani mengaku kesalahan. 😊

    BalasPadam
  5. kalau buat salah selalunye memang gelisah abes laa.. huhu

    BalasPadam
  6. Kadang2 instinct Kita pun boleh buatkan Kita tahu bila kita buat silap

    BalasPadam
  7. Dari kecik selalu rasa macam ni kalau buat salah...

    BalasPadam
  8. I love my job. I'd even sleep in the office unlike my previous job. But Sometimes, I thought of quitting. I that a sign I've done wrong? xoxo Sol

    BalasPadam
  9. You did wrong if you slept during working hour. Haha. Nah.. sometimes we just bored and maybe our current job is not challenging enough.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.