3 Kaedah Penafasan Untuk Mengurangkan Tekanan


Dulu kalau menyertai seminar peperiksaan pasti akan diajar teknik pernafasan jika buntu dalam masa menjawab peperiksaan. Rupa-rupanya cara senaman pernafasan itu merupakan salah satu teknik pernafasan bagi mengurangkan kesan tekanan yang dihadapi. Tak semestinya di dalam peperiksaan, malah sesuai untuk digunakan seharian.

Yang bagusnya, teknik ini mudah dan dapat diamalkan setiap masa dan di mana sahaja.

1. PERNAFASAN YANG DALAM

Mulakan dengan menarik nafas panjang dan dalam. Di tempat kerja, tengah masak atau tengah terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, tarik nafas dan seimbangkan balik pernafasan anda. Tariklah nafas sepanjang tempoh nafas dihembus. Mulakan dengan kiraan empat-empat dan semakin meningkat. Jangan risau kerana kita tak akan terlebih dos dengan teknik ini berbanding mengambil ubatan.

2. MENAHAN NAFAS

Makin lama anda melakukan teknik di nombor satu, makin lama anda akan mampu menahan nafas anda. Teknik ini sangat membantu jika tekanan membuat anda tercungap-cungap dan terkena serangan panik. Kira sehingga sepuluh dan sehingga tujuh kitaran degupan jantung. Hembuskan, dan ulangi sehingga anda rasa dingin, tenang dan stabil kembali. Jangan pula tahan nafas sehingga merah muka dan habis keluar urat leher!

3. BERNAFAS MENGGUNAKAN LUBANG HIDUNG BERBEZA

Jika anda lebih yakin dan mahukan lebih tenaga di samping mengurangkan tekanan, amalkan senaman kegemaran pengamal yoga ni. Tutup hidung kanan dan tarik nafas dalam-dalam menggunakan hidung kiri. Apabila sudah merasakan peparu penuh, tutup hidung kiri dan hela nafas melalui hidung kann. Buat dalam sepuluh kitaran dalam keadaan duduk takut ada yang tak tahan nanti. Sesetengah pengamalnya memberitahu teknik ini memberi kesan seperti secawan kopi di waktu pagi

Anda ada teknik lain untuk mengurangkan tekanan?

Ulasan

(2)
  1. Saya jenis cepat panic. Selalu amalkan tarik nafas dalam-dalam sambil beristighfar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.