Akibat Servis Kereta Melebihi Waktu


Masih ramai lagi yang memandang enteng penjagaan kenderaan motokar dan motorsikal masing-masing. Enjin ke, tayar ke sepatutnya diberikan perhatian penuh jika tidak mahu belanja pembaikan meningkat.

Jangan ingat kenderaan rosak ni dia kira masa ye. Jangan pula esok nak memulakan perjalanan jauh, malam nanti kenderaan buat hal.

Petikan daripada Facebook Zordaq Motorsport;

Akibat lajakkan servis dan lambat tukar myk hitam...
Kes ni teruk sket, head kena buang terus, abb kegagalan minyak utk melicinkan cam di kawasan bulatan oren gambar ke2.. myk tersumbat,dan gagal,sampai ke kawasan itu.. minyak hitam menjadi semakin pekat dan enjin menjadi semakin bising.. bunyi bisingnya seperti bunyi enjin diesel..
Akibatnya.. cam shaft calar dan longkang cam chaft pada head pun calar akibat geseran melampau.. head kena buang!! Modal lagi..

Kesimpulanya dekat sini..
Tukar la myk enjin kreta anda ikut jadual dan waktunya..,kalau nk lajakkan sikit tu x ada masalah lagi.. ni smpai beribu km.. kalau x ada bajet pun letak la myk mineral 20/50 tu dulu.. janji bawak keta kena la dgn myk n myk tu plk ori, I.allah enjin cantik dan cemerlang..

Sakitnya tuh di sini!

Ulasan

(2)
  1. Eee takutnya.. kena ikut waktu ni

    BalasPadam
  2. absolutely Mamapp.. kereta nak pakai lama. Kita berbakti untuk dia berbakti untuk kita balik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.