Berubah; Tidak Cukup Dengan Hanya Kata-kata

Kesemua kita hendak berubah ke arah yang lebih baik. Ke ada yang nak berubah menjadi makin teruk? KA harap takde lah ye.

Artikel KA kali ini agak pendek. Sekadar mengimbas kembali satu perbualan yang pernah KA lalui tak lama dahulu tentang kemahuan yang sebenarnya. Ceritanya bermula bila KA berbual sambil menikmati juadah sahur di salah sebuah tempat makan di belakang hospital KPJ kat Ampang dulu.


Tengah bersembang dengan kenalan KA tu pasal apa yang KA inginkan sangat, tetiba kawan dia datang dan turut serta dalam perbualan kami dan tanya KA soalan yang sama.

'Bro, so apa yang ko nak sangat sekarang ni?' KA tanpa teragak-agak menjawab 'DSLR dengan set lens yang baik punya!'

'Bro, ko jangan tipu la... tu bukan benda yang ko betul nak pun kan?' Dia rilek je potong sambil tengok KA atas bawah, tengok-tengok motor KA. Masa tu KA pakai motor Demak DTM lagi.

KA dah pelik. Ye la kan, dia tanya, kita jawablah apa yang kita nak. 'Eh, apa hal lak... betul la bro itu yang aku memang nak. Dari aku tengok adik aku beli Nikon D3000 lagi aku dah teringin'. Konfiden betul KA bagi penjelasan.

'Habis, kenapa Adik ko dapat beli dan ko tak dapat. Betul la ko bukan nak sangat pun. Kalau ko nak, ko dah jual dah motor ko tu!.' Tegas betul dia jawab.

'Lah... kalau aku jual, macam mana aku nak pergi kerja, macam mana aku nak keluar ambik gambar, macam mana aku nak keluar lepak?' KA balas balik.

'Nampak tak? Banyak betul benda ko nak. Padahal, kalau ko jual motor tu ko boleh je gi kerja naik tren. Rumah ko pun dekat sangat dengan LRT Ampang dan Cahaya. Nak keluar ambil gambar pun boleh je naik tren bro. Ramai kawan aku yang ambil gambar naik tren...' Damn! KA terdiam terus.

Dia sambung lagi,'Maknanya ko still tak sure ko betul nak DSLR.'

Begitulah lebih kurang yang KA ingat. Tapi perbualan tu sebenarnya banyak betul punchline. So, sampai sekarang KA selalu guna soalan dia kalau KA rasa lost. Harap bagi manfaat kat korang sama lah ye.

Ulasan

(8)
  1. pergh.. betol jugak.. kalau kiti betol2 nk sesuatu tu, bnda lain sanggup dikorbankan..

    BalasPadam
  2. ooo stay ampang... betul juga tu kan.. kalau benda kita nak mesti dah lama kita telah dapatkan.. tapi maybe boleh try action cam sony tgk dkt store dia mcm best je.. :D :D boleh guna atas motor dalam tren pun boleh..

    BalasPadam
  3. Selalunya kita nk sesuatu pun, kalau boleh tak nk lepaskan yg kita dah miliki..

    BalasPadam
  4. kalau nakkan sesuai memang perlukan pengorbanan

    BalasPadam
  5. rsa mcm deep la pulak..benďa tu lebih ke arah kehendak je bro

    BalasPadam
  6. banyak benda yang kita nak sebenarnya tapi kene lebihkan mana yang perlu terlebih dulu :) kemahuan tolak tepi dulu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.