Bagaimana Memotivasi Diri Jika Rasa Tidak Produktif

Pernah tak korang rasa macam korang tak buat apa-apa? Maksud KA, korang rasa tak produktif sangat. Rasa macam korang jadi zombi?

Tak dapat dinafikan akan timbul rasa kita buat sesuatu tapi tak ke mana.

Berikut KA kongsikan cara bagaimana kita boleh sentiasa memberi motivasi kepada diri sendiri apabila kita rasa tak produktif.


Ingatkan diri sendiri akan hasil yang kita akan dapat. Tanya diri... Apa sebenarnya yang kita harapkan daripada apa yang kita kerjakan ni? Mengapa kita rasa kita perlu dimotivasi untuk melakukan kerja ni? Ramai orang sebenarnya hilang fokus tentang matlamat mereka seterusnya menghilangkan motivasi diri.

Bersenam. Bergerak, bersenam. Bagi KA lah kan, even KA cuma habiskan masa selama 20 minit malah 15 minit je pun untuk bersenam, KA akan rasa lain macam dah. Rasa macam diri ni berguna sangat. #laughoutloud

Buat To-Do-List. Malam sebelum tidur atau sebaik bangun tidur, KA suka untuk mengingatkan diri sendiri apa yang perlu dibuat. Kalau nak buat to-do-list, pastikan ditulis di atas sesuatu. Tak kira kertas atau kat dalam telefon pintar masing-masing. Yang penting senang diakses. Kita ni selalunya terlupa kalau tak tulis. Betul tak?

Bagi hadiah kepada diri sendiri. Dah siap sempurna sesuatu pekerjaan, jangan lupa untuk bagi hadiah kat diri sendiri. Tak kisah lah dalam bentuk apa pun hatta sekeping coklat. Just make sure kita rasa kita deserve hadiah tu. Well, kita kenalah hargai diri sendiri dulu sebelum orang nak hargai kita kan?

Urus masa dengan betul. Apabila KA dapat sesuatu tugas. Selalunya KA akan pastikan dateline untuk tugas KA. Macam tugas A ambil berapa lama masa, tugas B berapa lama pula. KA akan susun tugas-tugas tu dulu bila masa yang sesuai dan mana dulu. Tapi KA pun selalu jugak datang time panic! #laughoutloudagain

Jangan la buat kerja last minute macam KA. Apabila ada je kerja yang kita dapat, zasss! terus buat. Apabila ada je idea muncul, zasss! Terus tulis dan buat nota. Bukan nak cakap la, tapi selalunya kita tangguhkan dalam dua tiga minit pun kita dah terlupa. Ini yang KA selalu lalui. #Uhuk

Sentiasa mencari inspirasi. Daripada duk scroll bagai takde penghujung kat media sosial, jadikan ia berguna! Bagi KA, image, gambar, foto, lukisan sangat banyak memberi KA inspirasi. Kalau KA nak bagi ada mood kerja, biasanya KA akan cari orang yang sedang kerja dengan tekun, KA tengok je... lama-lama KA akan malu sendiri dan rasa rajin dan bermotivasi tu datang. Kalau untuk ambil gambar atau menulis blog, KA selalu ambik mood dengan baca blog orang, buka instagram dan tengok gambar orang.


Chill lah!  Kadang-kadang kita kena ambil satu langkah ke belakang dan cakap 'That's it for now... I need to relax first' then pergi lah ke pantri atau sekiranya perlu, keluar dari ofis and grab yourself a cup of coffee (KA suka sejuk kalau ada yang nak belanja), minum pelan-pelan dan ambil masa. Jangan lama-lama, dah kira mengular yang tak bagus. Kang kerja tah ke mana, mengopi je lebih.

Korang pulak? Apa yang korang lakukan sekiranya korang 'TEPU'?

Ulasan

(10)
  1. Balasan
    1. Kembali berblog ke bro? :P

      Padam
    2. Dalam perancangan. domain dah ade org lain pakai.

      Padam
  2. nice entri.. kena motivasi diri juga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. self motivation itu penting. x kira kalau banyak mana sekalipun pergi program motivasi kalau diri sendir x mau berubah, x jalan jugak..

      Padam
  3. Kalau tepu biasanya sy lompat bintang bg cergas balik otak tak pun kalo rajin sikit sy pergi berenang dkt swimming pool.. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.