Apa Perlu Dibuat Jika Tersangkut di Dalam Kerjaya

Sebenarnya ramai yang sedar tentang perkara ini. Pantas atau perlahan, kadang-kadang kita perasan yang kita ni tersangkut, stuck pada tempat yang sama di dalam kerjaya kita. Lebih-lebih kagi bila syarikat menggaji orang baru yang pangkatnya lebih tinggi dari kita sedangkan kita dah berusaha bermatian dah ni.

Tak disangkal bila tiba saat kita stuck tu, kita akan rasa down dan kecewa. Namun, apa yang lebih penting adalah kita harus sedar samada kita dah bersedia untuk mendaki ke anak tangga yang lebih tinggi dan mengapa kita patut mendaki.


Adakah Kita Berkembang di Dalam Jawatan Yang Sedia Ada?

Bukan apa, sesetengah jawatan tu ada yang memerlukan suatu siri pembelajaran dan latihan yang sangat panjang kerana memerlukan banyak kemahiran. Sebagai contoh KA ambil penyelia operasi untuk sebuah syarikat minyak dan gas. Dia bukan sahaja memerlukan kemahiran teknikal malah kemahiran komunikasi yang tinggi sangat dituntut di dalam kerjayanya.

Kemahiran teknikal pula, bukan satu atau dua. Mungkin enam, tujuh kemahiran yang dia perlukan. Macam juga doktor dan peguam. Dorang memerlukan siri pembelajaran berterusan.

Jadi, bagaimana kita interpretasi perkembangan kerjaya kita itu yang penting. Jangan kita melihat orang naik pangkat, kita sentap. Kita kena pastikan betulkah bagus untuk kita dan syarikat sekiranya kita dinaikkan pangkat.

Adakah Kita Tahu Tujuan Jangka Panjang Kerjaya Kita Secara Profesional?

Adakah kita rasa kita patut menerima cabaran baru? Apa yang kita dah belajar di jawatan sekarang yang membuat ianya berguna untuk jawatan baru kita nanti? Adakah kita memang dah dirancang untuk ke jawatan lain oleh syarikat atau kita ditolak ke jawatan lain?

Kita kena fokus terhadap hala tuju kerjaya kita, ke arah mana kita nak kerjaya kita ni pergi. Mungkin sebenarnya kita suka tempat kita kerja, tetapi kita tak berpuas hati dengan kerja kita sekarang secara profesionalisma. Tengok dan intai-intai dulu jabatan lain di dalam syarikat kita bekerja, adakah kita patut tukar jabatan?.

Adakah kita patut naik ke pangkat lebih tinggi di dalam syarikat sekarang? Jika ya, tunjuk dan buktikan kesungguhan kita menggenggam jawatan baru tu.

Sebelum apa-apa, pastikan kita tunjuk apa yang kita sumbangkan kepada syarikat tempat kita bekerja. Percaya atau tidak, syarikat yang bagus mementingkan kesetiaan pekerja dorang. So? Sendiri fikir na....


Adakah Sekarang Adalah Masa Yang Sesuai Untuk Melakukan Perubahan?

Kalau korang dah sampai tahap tepu dah (secara profesional ye bukan ikut perasaan) dan tak boleh nak ke mana dah jika bekerja di dalam syarikat sekarang, buatkan satu list syarikat lain yang mungkin membantu di dalam kerjaya korang. Tanya kawan-kawan yang bertukar tempat kerja. Adakah tempat kerja baru dorang okay? Mungkin itu boleh jadi langkah korang yang seterusnya.

Tersekat di dalam kerjaya selalunya berlalu tanpa kita sedari. Jadi setiap bulan yang berlalu semasa kita bekerja, kita nilai balik kerja kita. Ambil kira di mana kita sekarang, ke mana kita nak pergi di dalam kerjaya kita dan apa langkah kita untuk sampai ke tahap itu.

Dalam ramai-ramai pembaca (ramai ke?), pernahkah korang tukar jawatan atau tempat kerja baru-baru ini? Apa faktor yang mendorong korang bertukar?

Ulasan

(3)
  1. Ada org anggap tkr kerjaya ni sifat tak bgus...tp.sebenarnya, setiap pengalaman itu akan mematangkan kerjaya kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep.. sebelum lompat, kena make sure dulu la.

      Padam
  2. Bab2 komunikasi ni mmg out dan kelaut. haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.