Cari Blog Ini

25 Ogos 2016

3 Cara Mudah Menikmati Air Dengan Lebih Sihat

Setahu korang, berapa banyak air kita patut minum dalam sehari?. Sebenarnya macam-macam pendapat tentang ni. Tapi yang pasti, kalau rasa dahaga sikit je, terus minum. Nampak macam biasa kan? Tapi sebenarnya banyak perbezaan di antara badan yang cukup dan tak cukup air.

Selain mengambil air kosong, kita boleh meminum air teh, kopi, coklat, minuman ringan dan jus. Namun, bagaimanakah untuk kita kekal hidrat dan menyihatkan?


Kali ini KA ingin berkongsi cara untuk korang yang ingin cara yang cepat untuk menambah beberapa nutrien tambahan di dalam pengambilan air kita sehari-hari. Berikut adalah tiga cara untuk meningkatkan air biasa kita lebih tinggi daripada biasa:

Campurkan dengan LEMON atau MINYAK PATI SITRUS

Menambah lemon atau sitrus lain ke dalam air kita membantu badan badan kita menyerap vitamin lain yang kita dah ambil sepanjang hari tu tau! So, eloknya minum terus di awal pagi untuk memulakan hari kita.

Campurkan Klorofil

Banyak kelebihan klorofil ni sebenarnya untuk badan kita. Di samping mengurangkan berat badan kerana klorofil membuat kita lambat rasa lapar, ia juga banyak memberi kesan baik seperti detox, mengelakkan masalah usus especially bau nafas dan macam-macam lagi. Antara kebaikannya lagi, korang boleh baca kat sini.

Tambahkan Lemon, Madu dan Kunyit untuk Air Panas

Kunyit sebenarnya digunakan dalam banyak ubat-ubatan dan sepatutnya ia membantu di dalam kesihatan kardiovaskular, pemulihan sel kanser, penghadaman, sakit haid dan juga mencegah beberapa penyakit lain. Madu pula memang tidak asing lagi di dalam rawatan tradisional di seluruh dunia.

See? Nampak simple kan? Tapi 3 perkara yang KA kongsi ni insyaAllah akan memberi perubahan besar di dalam kesihatan kita.

4 ulasan:

  1. Satu je masalah.. Kalau dpt org kurang rajin nak campur bahan cm Reen hihihi

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. sama la..kalau KA malas, KA mintak lemon suam kat keda mamak bawah ofis tu.

      Padam

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.