Bagaimana Berjimat Jika Hidup di Bandar

Kalau diikutkan, tahun ni merupakan tahun kesebelas KA merantau di Kuala Lumpur ni.

Hidup di bandaraya yang besar ni, KA yakin kebanyakan kita memikirkan tentang kewangan tiap-tiap hari kan? Ye la, kebanyakan kita memang datang ke KL ni untuk mencari nafkah lagipun. Mencari nafkah satu hal, bagaimana menguruskan kewangan kita di KL ni sebenarnya lagi penting.

Kalau tak berwaspada, kering poket tak sampai tengah bulan!


Ini antara serba sedikit tips yang KA boleh kongsi untuk membantu kita berjimat di bandaraya metropolitan ni.

PALING PENTING, MERANCANG PERBELANJAAN!

Perkara basic tentang budgeting senang je. Dahulukan keperluan. Balance tu make sure simpan untuk kecemasan dan pelaburan dulu baru allocate untuk berbelanja dan berlibur. Gitu.

BERJIMAT UNTUK PENGANGKUTAN

Percaya atau tidak, perbelanjaan untuk ulang alik ke tempat kerja atau ke tempat belajar sebenarnya consuming most of kita punya duit belanja. Bayangkan kalau kita pandu kereta ke tempat kerja. Parking sahaja dah lapan ringgit sehari, belum campur minyak, toll semua. Memang kering!

So, kalau berani... guna motorsikal je. Jangan pulak beli superbike. tak jadi nak berjimat kang.

Kalau tak berani, guna je public transportation.

BAWA BEKAL KOPI ATAU GUNA PANTRI

Serius, cuba perhatikan berapa ramai yang bersarapan di kedai kopi or kedai mamak semata-mata nak minum kopi secawan dan makan roti bakar. Beza kos antara makan benda tu kat kedai dan bawak sendiri dari rumah pun dah berapa ringgit. So, better fikir balik... perlu ke?

SUKA AKTIVITI LUAR?

Kalau korang suka piknik atau aktiviti luar. Tak payah gi jauh-jauh. Kat dalam KL ni banyak sebenarnya taman dan tempat yang menarik. Kalau tak percaya, alang-alang dah ada capaian internet tu... cuba search 'tempat menarik di Kuala Lumpur'. Konpom korang akan jumpa baaaaanyak tempat best!



HIDUP DI DALAM KEMAMPUAN

Maaf cakap la dato... ramai warga kota yang hidupnya di luar kemampuan. KA tegaskan kat sini ye... kalau nak selamat, make sure korang hidup di dalam kemampuan bukan di luar mahupun di sempadan. Kalau langgar yang ni, azab dia sangat pedih bila hidup dikelilingi komitmen.

JANGAN BELI BANYAK PERABOT

Korang hidup menyewa? Tolonglah jangan membazir beli banyak perabot melainkan dah ada rumah sendiri. Bukan apa, selalunya banyak perabot yang jadi perhiasan je. Nak rumah kelihatan cantik dengan perabot yang minimum? Search blog, majalah dan katalog. Banyak tips hias rumah yang kita akan dapat.

LUPAKAN ASTRO

Sebelum pasang ASTRO tu, cuba study balik betul ke kita memerlukan ASTRO? KA pun pasang ASTRO tapi sebab kat rumah ni tak boleh nak masuk UNIFI. Kalau tak, babai dah ASTRO. Tak penting mana pun ASTRO. Seriously, awal-awal je duk hadap. Lama-lama, tak sempat nak tengok. KA pun dah tukar ke family pack.

TRAVEL DENGAN BIJAK

KA percaya generasi sekarang ni makin ramai yang gemar travelling ada yang sampai setahun 3 4 kali ke luar negara. Bukan tak boleh, tapi kalau dah 3 4 kali tu pergi ke tempat yang sama je macam membazir jugak.

Tu satu hal, lagi satu hal adalah macam mana kita plan travel kita. Bila nak beli tiket, kat mana nak duduk, paling penting adalah ke mana nak pergi. KA suka baca blog travelling Jari Manis Travel. Banyak info dan tips berguna tau.

LEPAK KAT RUMAH

Benda paling best. Ajak je kawan-kawan lepak kat rumah. Instead of korang lepak mamak yang kita sedia maklum harga makanan dan minuman kat kedai mamak ni sebenarnya tak murah weyh... baik korang buat air kat rumah dan lepak dalam keselesaan rumah sendiri. Gilir-gilir la ngan member... hari ni lepak rumah kita, esok lepak rumah member.

Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat untuk berjimat di KL ni termasuk lah pilihan hobi yang tak pakai banyak duit, beli barang secara pukal, beli secara online dan banyak lagi kekdahnye.

So, yang penting, sebelum kita keluarkan duit dari poket... fikir-fikirkan dan renung-renungkan dulu ke mana duit tu akan pergi.

Harap berguna la tips ni ye kawan-kawan.

Ulasan

(3)
  1. Tips yang sangat awesome..! Reen paling suka tinggalkan Astro.. Rumah Reen memang tak ada Astro. Lagipun, jarang tengok tv. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khenn... Kat rumah ni kalau pakai antena biasa, langsung takleh tengok tv.. nak taknak, pasang jugak la. Naseb boleh tukar package.

      Padam
  2. tips yg bagus realiti org duduk kl cmni la..
    lepak kat rumah.. terbaik..sambil2 tu layanzz astro.. :D sekali sakala keluar jejalan dgn member tu ok la kot..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.