5 Perkara Yang Anda Perlu Korbankan Untuk Berjaya

Seperti yang kita selalu dengar... Untuk menggapai sesuatu yang besar, kita harus korbankan segala yang kecil.

Macam tu juga kalau kita nak berjaya. Pasti ada benda yang kita harus korbankan. Tak kira kita nak berjaya dalam pelajaran, kerja ataupun perniagaan ataupun apa sahaja, pengorbanan pasti ada. Jadi, apa yang kita kena korbankan?


Dalam artikel kali ini KA nak kongsi 5 perkara yang kita mesti sanggup korbankan untuk berjaya.

BERTANGGUH

Ya! Kalau kita ada sikap suka bertangguh dan sayangkan sikap kita tu... lebih baik pertimbangkan balik. Macam mana nak elakkan benda ni? KA ada kongsikan di entri ini.

PERKARA YANG LEPAS

Samada kita sedarataupun tak. Hari semalam sudah tinggal sejarah. Masa depan kita bermula dari sekarang! Tak guna kita mengambil masa terlalu lama masa untuk sekadar merenung dan menyesal kesilapan lepas atau merenung kejayaan sudah.

Jadikan hal yang lepas sebagai pembakar semangat untuk lebih maju di masa hadapan.

TERLALU SEMPURNA

Atau lebih tepat selalu menunggu 'masa yang tepat' untuk memulakan sesuatu. Ini juga boleh dikaitkan dengan bertangguh-tangguh. Terlalu memastikan diri membuat benda yang sempurna hanya akan memberi tekanan.

Jika kita pandai mengawal tekanan, it's absolutely okay. Macam mana kalau kita jenis yang tak berapa pandai handle stress? So, berpada-pada.

TAKUTKAN KEGAGALAN

Belum apa-apa lagi dah takut gagal. Plan pun belum tapi dah fikir macam mana kalau aku gagal. Kita harus ingat, orang yang berjaya semuanya pernah menemui jalan buntu dan kejatuhan. Pelangi tak datang tanpa hujan.

BERFIKIRAN NEGATIF

Just berhenti mengulangi kata-kata negatif kat diri sendiri. Kita adalah apa yang kita fikir. Kalau baik fikiran kita, baiklah kita. Begitu juga sebaliknya. Kuasa minda ni kuat weyh!

Tak percaya? Lepas ni cabar diri sendiri buat sesuatu yang sebelum ni tak pernah buat dan cakap kat diri sendiri 'aku boleh buat!'. Yakin dan tengok apa jadi.

Macam mana? (^_^)

Ulasan

(2)
  1. setuju dengan KA...perkara ini memang patut ditinggalkan kalau nak berjaya...saya cuba..untuk bisnes terbaru

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.