Sepanjang KA menghadiri dan terlibat dengan proses temuduga kerja ni, dah bermacam candidate yang KA jumpa. Di samping tips-tips yang kita dah sedia maklum, KA ingin kongsikan beberapa tips yang KA rasa sangat penting untuk korang tangkap terus perhatian bakal majikan.
Selain daripda mahir di dalam bidang kepakaran kita, berikut merupakan perkara yang wajib bagi seorang calon lakukan sebelum, semasa dan selepas proses temuduga.
Selain daripda mahir di dalam bidang kepakaran kita, berikut merupakan perkara yang wajib bagi seorang calon lakukan sebelum, semasa dan selepas proses temuduga.
- Baca job description dan profil syarikat dengan berhati-hati supaya kita maklum untuk kerja apa kita dipanggil. Jika iklan kerja tidak mengandungi maklumat yang cukup, tanya bakal majikan untuk maklumat lanjut.
- Sentiasa ingat untuk mencatat nama dan nombor penemuduga yang boleh dihubungi in case korang nak follow up ke nak tanya details lain ke.
- Bersedia dengan pengetahuan am tentang pekerjaan yang dipohon (tidak semestinya hanya bergantung kepada job description yang diberi sahaja), syarikat dan industri yang terlibat. Contohnya construction ke, minyak dan gas ke, pembuatan elektrik dan elektronik ke.
- Yang ni kalau korang dah fail, kemungkinan besar proses temuduga pun korang tak lepas. MENEPATI MASA! Bawa resume, transkrip, sijil dan dokumen yang berkaitan dengan lengkap semasa temuduga.
- PENTING: Jika korang tak dapat hadir temuduga yang ditetapkan atas apa jua sebab, bawak-bawaklah contact majikan sekurang-kurangnya satu hari awal. Kang kena banned pulak. Kalau dengan satu kampeni takpe, buatnya banyak kampeni? Naya.
- Rajin-rajinkanlah hantar satu e-mail mengucapkan terima kasih or if possible, whatsapp sepatah ke ape. Kita nak jual diri beb, kena rajin lah ye.
- Lepas dua tiga hari, follow up la. Ini menunjukkan minat korang untuk kerja dan mungkin chance korang lebih tinggi untuk dapat kerja. Mana tahu kan? Usaha lah sehabis yang boleh.
Pendek kata, interviewer tu manusia jugak. Tolak ansur itu normal selagi tidak melebihi batas dan regulations yang ditetapkan. So, buat adik-adik mahupun abang-abang dan akak-akak sekalian, semoga berjaya!
http://madey09.blogspot.my/2016/10/ukhuwah-islamiah-asas-penyatuan-ummah.html
BalasPadamlawat blog ku ya
Aku dtg dengan baju basah dan resume basah masa interview. Smpai harini cerita ni berlegar2 kat level 5. haha
BalasPadamnice share.. interview saya dulu alhamdulillah, berjalan lancar.. tu pun sebab interview sekadar cukup syarat je.. kerja konfom dapat dah sbb masa tu terikat dengan kontract JPA dan kekosongan tempat di hospital masih banyak.. sekarang ni susah sikit, yg x lepas interview pun ada..
BalasPadamnice share.. zaman aku bertemu duga dah lepas, alhamdulillah..
BalasPadamsbb mls nk g temuduga lagi trus bertahan jee dgn keje skrg :p
BalasPadamsebulan menyepi nampaknya.. hehehe
BalasPadamItu lah. Bz sangat, balik kerja letak beg laptop.. esok pulak baru pegang. :'(
BalasPadam