Tips Untuk Menambahkan Keyakinan Diri

Sepanjang hidup kita di alam fana ini, kita tak dapat lari dari realiti yang kita selalu terbawa-bawa dengan gaya 'tiruan'. Apa maksud gaya 'tiruan' ni? Gaya 'tiruan' adalah gaya yang secara azalinya bukan tulus dari hati kita.

Kebiasaannya kita cenderung untuk meniru gaya hidup orang lain mungkin kerana kita kurang yakin dengan jati kita, prinsip kita dan takut gaya kita tak dapat diterima orang. Kalau kita perhatikan, sebelum tahun 2000, trend dan gaya hidup lebih kepada meniru gaya hidup selebriti dan personaliti. Ada juga yang mengikut gaya hidup kumpulan-kumpulan sub-budaya yang lain.


Semenjak bermulanya alaf baru, kita sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk dan berbilang latar sosio ekonomi ini mula kembali kepada kesedaran tentang kebebasan gaya hidup yang tak terikat dengan mana-mana gaya khusus.

Di mana-mana kita mula lihat masyarakat kita lebih terbuka untuk meninjolkan kreativiti dan prinsip mereka di dalam menjalani hidup. Yidak dapat dinafikan, ianya agak susah untuk mewujudkan keyakinan diri yang tinggi, apatah lagi jika kita mahu menonjolkannya. Jadi, di sini KA ingin kongsikan beberapa tips untuk kita menambahkan keyakinan diri kita.

Baca juga 6 Langkah Untuk Menjadi Lifestyle Blogger

1. Menyesuaikan diri dengan persekitaran.

KA masih ingat lagi sewaktu pertama kali berpindah daripada sekolah lelaki di Kelantan ke sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur yang kebanyakan pelajar di dalam kelas itu adalah perempuan. Hari pertama KA masuk kelas, pelajar lelaki belum ada lagi. KA jadi malu dan terus keluar kelas kembali. Itu belum kira kali pertama dipanggil untuk membuat presentation di hadapan kesemua pelajar satu batch. Waktu itu, KA rasa sangat kecil dan kerdil sehingga tiada satu patah pun perkataan yang keluar dari mulut KA.


Apa yang KA buat? KA tidak menukar KA menjadi diri orang lain supaya KA dapat menyesuaikan diri. KA cuma buat sesuatu ikut gaya KA sendiri dan terjemahkan di dalam cara yang orang lain juga boleh terima.

Di dalam setiap perilaku kita, sebenarnya banyak kebersamaan dengan orang sekeliling kita. Cumanya, ada sesetengah perilaku yang unik hanya ada pada kita. Di dalam berinteraksi juga kita ada gaya tersendiri.

Penyesuaian diri bukan bermaksud kita mengubah personaliti kita untuk fit-in di dalam sesuatu keadaan, namun bagaimana kita bawa keunikan kita di dalam cara yang sepatutnya. Walaupun pemalu dan sangat rasa tiada keyakinan diri waktu itu, namun KA cuba gunakan keunikan yang KA ada masa tu di dalam cara yang orang boleh terima. Masa tu KA sangat 'blurry' dan suka buat lawak. So, KA tune sikit bagi orang boleh terima.

2. Terima personaliti kita seadanya

Macam yang KA cakap tadi, ada kalanya kita pasti akan rasa selesa jika kita menjadi orang lain seketika. In fact, KA tak rasa benda ni totally wrong pun. Yup, tak salah seratus peratus selagi kita tak membuang diri kita terus.

Untuk pemerhatian, kalau kita tengok Bloggers, Vloggers dan selebriti media sosial pun, ramai sangat yang bukan diri mereka yang sebenar. Sama lah jugak macam KA. Kalau korang baca balik artikel KA kat dalam blog ni (dah banyak yang kena delete), KA banyak gaya penulisan. Namun, akhirnya KA kembali balik dengan gaya yang KA selesa.

Orang cakap gaya penulisan santai membuat ramai orang tertarik untuk membacanya. KA pernah cuba untuk menulis secara santai, tetapi disebabkan KA dibesarkan dengan membaca buku puisi, drama dan politik... KA rasa bila KA menulis, ayat-ayat yang keluar mesti skema jugak jadinya.

Sudahnya, KA dapat rasa yang KA letih dan penat rupanya cuba meniru gaya orang ni.

3. Menerima kekurangan diri

Antara faktor utama yang menyebabkan kita payah untuk mewujudkan keyakinan diri inilah dia. Apabila kita rasa kita ni ada kekurangan seperti, kerja biasa-biasa, muka berjerawat, susuk badan yang kita rasakan tak cukup cantik, kita terus down.

Sekiranya kita rasa macam tu, sebenarnya di dalam masa yang sama... orang lain pun rasa benda yang sama tentang diri mereka. So, terpulang bagaimana kita handle rasa kekurangan ini.

Well, KA pun nak cakap ada rupa, alhamdulillah lah, cukup makan. Kerja pun biasa-biasa juga. KA ni lagilah, di dalam jabatan, KA rasa jawatan KA antara yang biasa-biasa. Namun, kalau dibiarkan semua ni menghantui kita, sampai bila pun kita payah nak expose diri kita dengan persekitaran.

So, untuk menambahkan keyakinan KA di dalam situasi tersebut, KA lebih suka untuk menonjolkan sifat KA yang suka menegur orang tak kira dia dari jabatan mana, bos ke, staff biasa ke even Datin dan Dato' sendiri. Benda ni bukan sahaja dapat menambahkan keyakinan kita, langsung dapat menonjolkan nama kita kepada semua orang.

Kadang-kadang apa yang kita rasa kita kurang tu, orang lain tak nampak pun, kita je yang fikir lebih-lebih.

Korang pulak, apa yang korang buat kalau ada timbul rasa tiada keyakinan ni?

Ulasan

(2)
  1. Kadang ada juga rasa tiada keyakinan...lagilah kalau kena kutuk...hihi..sesetengah orang berpendapat dengan cara mengutuk itu boleh meningkatkan semangat orang yang dikutuk...tapi bagi PC ianya menjatuhkan maruah orang...

    BalasPadam
  2. yup.. correct!! just be yourself..^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.