Adakah ada di antara kita merasakan seluruh dunia sedang memerhatikan kita dan bersedia untuk menyerang kita? Atau kita rasa macam ada sesuatu yang tidak kena? Adakah kita sering merasakan kisah silam kita sedang menghambat kita? Jika kita ada rasa-rasa macam ni, ternyata kita dikelilingi oleh perasaan negatif.
Berikut saya kongsikan beberapa langkah penting untuk kita menyingkirkan segala perasaan negatif dan menjadi lebih positif.
Yang sudah tu sudah.
Yang lepas tu memangnya sudah lepas. Yang penting bagaimana kita harus mengelakkan segala perkara buruk yang telah berlalu itu kembali. Kita ambil dan jadikan sempadan yang kukuh. Perhatikan apa sebab yang membuatkan ia berlaku dan fikirkan macam mana nak menangkis sekiranya bakal berlaku lagi.
Bersyukurlah
Satu daripada cara yang terbaik adalah dengan bersyukur. Tuhan telah menjadikan sesuatu perkara itu pasti ada baiknya. Apa yang sukar kita pernah lalui membuatkan kita senang mengatasi sekiranya berulang. Sepayah mana hidup kita, kita patut bersyukur sekiranya kita punya pekerjaan, jika belum, kita patut bersyukur jika kita punya tempat berlindung, jika belum kita patut bersyukur kita masih punya kudrat untuk mencari sesuap makan.
Yakinlah pada diri sendiri
Jangan ragu-ragu sekiranya kita betul. Apa yang kita dapat buat, apa yang kita percaya, usah biarkan keraguan muncul. Jika kita berbeza daripada orang lain, buat benda secara berbeza dan serlahkan keunikan kita.
Senyum saja
Senyum dan ketawa bukan sahaja pengubat duka. Senyum dan ketawa mewujudkan ketenangan. Jika kita senyum, orang lain pun turut sama senyum.
Layankan saja waktu yang kita ada
Fokus dulu untuk apa yang sedang berlaku sebelum kita mula berlebih memikirkan benda yang belum berlaku. Tak salah merancang, namun seperti yang KA cakap di dalam artikel ini, kita buat satu persatu supaya minda dan jiwa kita tidak sesak dengan terlalu banyak perkara.
Semoga bermanfaat.

yep :) bersyukur dan senyum saja!
BalasPadamYakin pada diri sendiri, itu yang selalu CP amalkan. Biar apa orang nak cakap. Be yourself.
BalasPadamSatu perkongsian yang baik dari KA. Tahniah.
Terima kasih CP
PadamYang pertama tu yg susah tu!
BalasPadamhuhuhu
Tepat sekali fakta-fakta tu.
BalasPadamSangat bermanfaat bagi diri Mrs. A
betul, yang sudah tu sudah. pujuk hati untuk menerima apa yang telah berlaku.
BalasPadamNice entry.. Terasa ada motivasi diri.
BalasPadamentri yang menarik ni, setiap hari memang kita perlu sentiasa ada aura positif, mugkin kadang kala aura negetif tu bukan datang daripada kita tapi tak ada alasan yang dikatakan tak boleh menjadi ceria sepanjang masa....keladi tag untuk segmen ini ya....http://www.keladionline.com/2016/03/pencarian-bloglist-fiaz.html
BalasPadamYakin pada diri itu memang penting, nice sharing bro
BalasPadam