5 Rahsia Kesihatan Orang Yang Berjaya

Semua orang tahu kejayaan berbuah hasil daripada kerja keras. Namun, tak ramai yang sedar kerja keras tak membuahkan kejayaan jika kita punya badan yang tidak sihat dan selalu lesu. Tanpa kita sedari, kita akan cepat hilang semangat dan motivasi jika bekerja di dalam keadaan badan yang tak sihat.



Kat sini KA nak share 8 rahsia kesihatan yang orang-orang berjaya amalakan di dalam kehidupan seharian mereka.

1. Yoga / Solat

Bagi orang bukan muslim, bolehlah korang buat Yoga. Bagi yang muslim, korang boleh tambah lagi solat-solat sunat yang lain. Percaya atau tidak yoga dan solat dapat membantu badan kita lebih fleksibel dan membantu melancarkan aliran darah. Bukan ambil banyak masa kita pun sebenarnya.

2. Aromaterapi

Setiap orang yang berjaya sedar kepentingan ketenangan di dalam kehidupan mereka. Tenang membantu mereka berfikir dan membuat keputusan yang wajar. Sebab tu kalau kita perasan, orang-orang yang berjaya ni bukan setakat kemas, malah wangi pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Jika korang nak mulakan, try lah wangian sitrus atau lemon-lemon ni untuk mengembalikan tenaga, lavender untuk membantu kita tenang especially bila nak tidur dan wangian ala-ala kayuan ni sangat membantu untuk kita relax.

3. Sukarela

Tawarkan bakat, tenaga dan masa kita untuk masyarakat. Well, benda ni memang kita selalu nampak pun kan? Setiap orang yang berjaya kat atas dunia pasti selalu membuat kebajikan kepada masyarakat balik. Baik untuk badan, jiwa dan juga untuk CV!

4. Makanan Sihat

Kalau boleh, tinggalkan je terus makanan yang tak berfaedah dan tak membantu badan kita. Di samping badan kita sihat, ada kawan KA cakap dengan memilih makanan yang badan kita betul-betul perlukan dan sihat, automatik dapat membantu kita membezakan pilihan yang perlu ataupun tidak dalam hidup. Hmmm... seems legit.

5. Mencuba Benda Baru

Tak kisahlah dalam pemilihan teknik senaman, produk kesihatan mahupun gaya makanan. Sentiasa lah cuba benda baru. Bila berkaitan dengan teknik senaman, makanan ataupun produk kesihatan, sebelum cuba tu make sure benda tu selamat untuk diamalkan lah ye.

So, macam mana? Korang rasa ada benda lain lagi yang orang berjaya selalu buat? Kena interview Dato' Siti ni sekali.. huu.

Ulasan

(2)
  1. Iday pon ada check diet rasulullah, amalan makanan baginda, hehehe supaya sentiasa sihat. Nak berjaya kena la sihat kan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih untuk tips nie...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.