Panduan Untuk Memupuk Minat Di Dalam Pekerjaan

KA pernah janji yang KA akan kongsikan cara-cara untuk memupuk minat terhadap apa yang kita buat di dalam salah satu artikel KA sebelum ni kan?

Bila kita bercakap soal minat, kebanyakan kita cenderung untuk merasakan minat kita adalah perkara di luar pekerjaan kita. Ada sesetengah pula merasakan jika dia membuat perkara yang dia minat berbanding pekerjaan sekarang ni, pastinya susah nak cari makan ataupun pastinya pendapatannya kurang lumayan.


Sebenarnya, bila sebut soal minat... cuba kita tune sikit mindset kita kenapa kita tak menerapkan minat kita di dalam kerja kita. Contohnya KA, KA minat sangat kerja seni. Tak kira dalam reka bentuk grafik, menyanyi, sajak, ataupun sekadar menconteng memang KA minat sungguh-sungguh. Apa yang KA buat untuk menerapkan minat KA di dalam kerja seharian KA?

KA akan bagitahu apa yang KA buat di dalam artikel ini. Kat sini KA nak ajak kita semua tengok apa yang kita boleh buat untuk memupuk minat kita terhadap sesuatu perkara.

1- Berhenti Merungut Dan Mula Menyesuaikan Diri

Mula-mula kita kena kasi clear dulu minda kita daripada perkara negatif terutama merungut yang tidak munasabah serta merungut setiap masa. Sebenarnya, kalau kita kuat merungut, nanti yang tinggal di sekeliling kita adalah orang yang suka merungut jugak.

2- Mula Merancang Bagaimana Mengaitkan Minat Terhadap Kerja Sedia Ada

Kita terus kenal pasti bagaimana untuk kita salurkan minat kita untuk membantu rakan sekerja, jabatan dan seterusnya syarikat atau organisasi tu. Kenal pasti bahagian mana kita boleh guna minat kita dan kita boleh kaitkan dengan minat kita.

Sebagai contoh, KA minat design poster, menulis dan membuat kerja yang hands on. So, sekarang ni kat tempat kerja, apa-apa kerja yang berkaitan perkara tu KA akan minta untuk buat. Tahu atau tak tu belakang kira. Yang penting sanggup dulu, lepas tu kita belajar.

3- Ambil Masa Kenal Pasti Peluang Yang Tersembunyi

Selepas kita kenal pasti tentang faktor nyata untuk kita terapkan minat kita, sekarang kita fikir pulak apa dia lagi yang kita boleh buat sekitar minat kita. Maksud KA secara tak langsung.

Sebagai contoh, kerja KA selalu membuatkan KA menghadap Microsoft Excel 99% masa dekat pejabat. Hantar report pun ada yang pakai Excel. Tapi tu dulu, sekarang ni dengan pelbagai kemudahan program percuma yang kita boleh dapat online, KA dah twist cara persembahan report KA dengan mencuba banyak program-program percuma tu.

4 - Sampaikan Minat Kita di Dalam Bahasa Perniagaan

Kadang-kadang bila kita bercerita tentang minat kita, orang yang tak punya minat yang sama akan menguap! Contoh kat sini, siapa minat sangat menulis blog. KA mintak, cuba cari seorang yang tak minat blog, dan kita mula bercerita tentang blog. Lepas 10 minit apa jadi?

Bila kita bercakap soal minat, cuba kaitkan dengan bisnes lebih-lebih lagi DUIT. Ke ada yang tak suka duit kat sini?

5- Cari Orang Yang Sama Minat

Luaskan jaringan, cari orang-orang yang berkongsi minat yang sama-sama di dalam organisasi tersebut. Kalau salah seorang dari orang-orang itu merupakan dari peringkat pengurusan atau yang dah berjaya. Lagi bagus. Boleh kita korek macam mana dia menggunakan minat di dalam kerja.

6- Usah Risau Tentang Penghargaan

Benda kalau dah minat, walaupun orang tak pandang sangat, kita apa peduli. Kadang-kadang walaupun kita buat kerja di luar skop kerja asal, dan kerja itu adalah kerja yang kita minat. Jangan takut orang tak hargai. Jangan pula abaikan kerja wajib kita dan buat kerja yang tak berkaitan di dalam waktu kerja wajib ye.

Macam KA, KA suka menulis blog. Salah satu syarat wajib untuk seorang blogger adalah selalu update. So, apa yang KA buat adalah menggunakan fungsi 'Scheduled Post' kat Blogger ni. Tu yang kalau korang tetiba nampak KA post pukul 9.30 pagi ke waktu office hour lain ke, maknanya KA buat scheduled post la tu.

7- Sentiasa Melakukan Lebih dan Lebih Lagi

Korang tahu, Pihak pengurusan yang munasabah sentiasa melihat dan memantau kecenderungan pekerja mereka. Usah putus asa menunjukkan kemajuan di dalam pekerjaan yang kita kaitkan dengan minat kita tadi. Walaupun kita punya ijazah kewangan, tak semestinya kita tak boleh jadi pengurus operasi. Kalau kita dapat menunjukkan kemahiran kita dalam sesuatu perkara, pihak pengurusan pasti akan teruja untuk menggunakan kemahiran yang kita ada.

8- Berhenti Menyusahkan Diri Sendiri dan Orang Lain

Kerja hampir sepuluh tahun. Pada penghujungnya kita sedar yang kita ni dahlah menyusahkan diri, menyusahkan orang lain pula kat tempat kerja tu. Ini adalah langkah terakhir, cari tempat kerja yang boleh bagi peluang untuk kita improve dan boleh membuatkan minat kita membuak-buak. Rugi jika kita stay tempat sama dan terus komplen daripada mengambil langkah yang sewajarnya.

Akhirnya, semuanya terpulang kepada kita untuk meneruskan apa yang kita rasa betul. Hidup ini hanya sekali dan amat rugi kiranya jika sepanjang hidup kita ni, kita tak pernah melakukan perkara yang kita minat. Semoga artikel ini bermanfaat.

Ulasan

(13)
  1. Betul KA...pokok pangkalnya diri kita sendiri yg kena memupuk minat tu. Masalahnya kalau dah lama kerja boleh jadi boring jugak KA. Kerja pun lebih kpd tanggungjawab kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boring, angkat kaki r.. hehe. Takpun mintak ngan bos bagi kerja lain pulak.. alhamdulillah, saya dah berjaya pujuk bos assign untuk buat benda lain dah.. hehe

      Padam
  2. Info yang menarik KA, yup minat tu perlu ada dalam kerja yang kita lakukan, terutama melibatkan kerja yang berbentuk seni....tapi jangan bagi stress...confirm semua tu tak menjadi.....

    BalasPadam
  3. Good info KA..diri sendiri yang menjadi penentu kalau tak apa pun tak jadi..

    BalasPadam
  4. asyik cerita pasal kerja ja ni KA.. nak ubah angin ke ni ? hewhewhew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. no la. Tengah bagi semangat kat diri sendiri ni biar bertambah motivate. :P

      Padam
  5. betul...PC tertarik sangat dengan point nombor 1 tu KA.. "Berhenti Merungut Dan Mula Menyesuaikan Diri"..nampak macam simple..sebenarnya kalau terlebih merungut boleh pergi ke arah tidak bersyukur..manusia biasa tidak dapat tidak rasa nak merungut itu pasti ada...PC tidak terkecuali...tapi berpada-pada..

    BalasPadam
  6. tumpang laluuu..gile arr... memang dah lama x singgah.. hahaha.. lain bebenor matang blog ni.. adui.. kita lama dah x berblog.. kene asah bakat balik ni.. ahaks..^^

    BalasPadam
  7. Salam Tuan,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
    laman web kami. Kami sangat hargai jika Tuan boleh review laman web kami.
    Tuan boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com

    BalasPadam
  8. kadang tu dalam keadaan terpaksa pun boleh menjadi minat. almaklumlah cuaca ekonomi kita tak menentu skrg ni

    BalasPadam
  9. setuju semua KA... hehe... no 1 berhenti merungut tu ptg...

    BalasPadam
  10. Banyak tips ni..tapi tak sempat baca sekarang..qiya bookmark dulu..nanti qiya singgah semula ye..

    Qiya tag KA kat sini..Jom join..

    http://qiyasaad.blogspot.my/2016/03/segmen-nuffnang-by-cik-nurul.html?m=1

    BalasPadam
  11. Point no.5, yep. Cari orang/rakan yang sama minat tu memang point yang bagus. Mana2 yang suka kondem dan kutuk je minat kita tu, kita lempar dia jauh2, buat rosakkan mood dan produktiviti harian kita jer. LoL...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.