Bagaimanakah Minat Membuahkan Kejayaan

Berikutan pelbagai komen yang KA terima untuk artikel KA tentang tanda-tanda kita minat terhadap kerja kita maka dalam artikel ni KA nak share pula tentang kepentingan minat terhadap kerja yang kita sedang buat.

Sekali lagi suka KA ulang apa benda minat atau keghairahan ni. Webster's Dictionary mendefinisikan 'minat dan ghairah ni sebagai suatu daya, yang melebihi sekadara rasa kebergantungan' ataupun 'suatu daya yang kuat untuk kita memberikan sepenuh dedikasi terhadapa sesuatu'.


Kalau diikutkan, daya minat dan keghairahan ni lah yang membantu sesuatu syarikat atau organisasi itu menjadi lebih kukuh. So, apa sebenarnya fungsi MINAT ni dalam pekerjaan kita? Kat sini saya nak kongsikan empat sebab-sebab itu.

1- Minat Membuka Langkah Pertama Untuk Idea Baru Muncul

Kita ambil contoh Bill Gates. Cuba kita tanya pada diri kita, adakah Bill Gates memulakan idea pertama untuk Microsoft nya dengan tiada minat, nafsu mahupun keghairahan? Kalau kita kecilkan lagi skop kepada diri kita, kepada KA yang sedang menaip artikel ni, kepada rakan-rakan semua yang tak bosan membuahkan hasil penulisan. Adakah ini semua bermula daripada tiada minat?

2- Minat Melahirkan Motivasi

Sebenarnya minat lebih daripada itu. Di dalam sesuatu pekerjaan atau perbuatan, tipu lah jika kita cakap kita tak pernah rasa tertekan samada dengan tarikh akhir, buntu, putus idea ataupun sebagainya. Bila tiba saat itu, selain doa, kalau kita tiada minat, adakah kita akan meneruskan dengan sempurna? Atau sekadar kerja untuk hasil akhir iaitu gaji?

Kita ambil contoh seorang peniaga pula. Kebanyakan peniaga yang berada di atas muka Bumi ini pernah melalui kegagalan dan masa jatuh paling kurang sekali di sepanjang kerjaya dia. Kenapa dia berjaya? Ya! Minat membuat kita tidak putus harap, minat membuat kita tidak putus berdoa dalam meneruskan perjuangan kita. Takkan kita nak berdoa supaya Tuhan kekalkan kita dalam benda ang kita tak minat kan.

3- Minat Mencetus Daya Tahan

KA berani cakap, tanpa minat... tiada kesungguhan di dalam kita berblog, di dalam kita berniaga, di dalam pekerjaan kita. Minat membuat kita terus mencuba dan mencuba. Membuat kita bertahan di saat kita kesempitan. Contohnya di zaman kemelesetan ekonomi dan kemerosotan harga minyak sekarang ni. Berapa ramai syarikat pembekal, perkhidmatan yang berkait langsung dengan industri minyak dan gas tanah air gulung tikar.

Dalam pada itu, kita juga dapat melihat ada syarikat yang sama saiz masih bertahan. Kalau bukan kerana minat yang mendalam, pasti sudah lama mereka bertukar arah dan menyertai pemain industri lain yang kecundang.

4- Minat Melahirkan Kesetiaan

Yang ni senang je KA nak bagi contoh. Pasangan suami isteri, tak kira berkahwin selepas bercinta ataupun bercinta selepas berkahwin. Kekal hidup berpuluh tahun bersama. Kalau difikirkan, boleh kah pasangan-pasangan ini hidup BAHAGIA dan SETIA jika antara pasangan tu tiada minat terhadap pasangan mereka?

Sama juga dengan pekerja. Kalau seseorang pekerja tu hilang minat terhadap pekerjaan dia, syarikat yang dia tengah bekerja, KA tak rasa yang pekerja itu dapat melakukan kerja dengan sempurna dan gembira.

Setakat ni, siapa yang setuju bahawa minat itu penting di dalam perjalanan kita mencapai kejayaan? Jika sekarang kita masih rasa kurang minat dengan apa yang kita kerjakan, jangan risau dan jangan sedih kerana minat adalah sesuatu perkara yang unik dan boleh dipupuk. KA akan kongsikan pula nanti bagaimana untuk memupuk minat terahdap apa yang kita sedang lakukan InsyaAllah.

Ulasan

(4)
  1. Sebab ada kalanya dari tak minat bila sudah menceburkan diri di bidang tersebut minat akan bercambah.

    Org kata tak kenal maka tak cinta. Dah kenal baru tahu indahnya terasa:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak. Pupuk minat, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar, hati pun tenang..

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.