Apakah Tanda Bahawa Kerja Kita Adalah Minat Kita

KA pernah baca tentang perkara yang warga US paling benci dalam satu survey ni. Jawapan yang paling banyak adalah 'KERJA'. KA rasa kalau dia buat survey yang sama kat dalam Malaysia pun mesti jawapan yang sama kan?

Kenapa ek boleh jadi macam ni? Apa yang KA nampak dan yang KA pernah alami, kebanyakan kita minat benda lain, belajar benda lain dan kerja benda lain daripada apa yang kita minat. Sebab tu kita akan jadi tawar, hambar dan lesu bila cakap soal kerja. 


Dalam hidup kita, pasti ada kita jumpa salah seorang yang bila cakap bab kerja, dia memang suka, ghairah sangat bila bercerita. Pernah tak kita tanya diri kita, macam mana dia ni boleh bersemangat sungguh cerita pasal kerja? Yup, kerana dorang ni buat kerja yang dorang minat. Kerja tu dah jadi hobi, hobi tu dah jadi kerja dorang.

So, macam mana kita nak tahu adakah kerja kita sekarang ni juga merupakan hobi kita dan minat kita? Jom baca ni tanda-tanda ni.
  1. Bila kita buat kerja yang kita minat, kita tak sedar masa berjalan. Sedar-sedar je, 'Eh, dah 10 jam?'
  2. Kita banyak tersenyum, ceria dan ketawa. Orang-orang di sekeliling pun akan perasan.
  3. Apa yang kita buat sekarang ni tak rasa macam 'bekerja' pun sebab apa yang kita buat akan membuatkan kita gembira, puas dan rasa tercapai.
  4. Kita lebih banyak menggunakan minda kita, naluri kita dan semangat kita dalam melaksanakannya.
  5. Apabila bercerita, kita sangat ceria dan orang boleh nampak gambaran apa yang kita ceritakan.
  6. Orang sekeliling kita perasan perubahan kita. Dorang ni samada menyokong atau menjatuhkan kita. Orang yang sayangkan kita akan menyokong seikhlas hati dan orang yang rasa tak secure ataupun tercabar akan bertindak sebaliknya.
  7. Apa yang kita kerjakan nampaknya makin smooth, lancar sehinggakan kita rasa kita buat benda kena dengan orang dan masa tu.
  8. Kita lebih menikmati kehidupan ini. Makna kata, kita sentiasa dapat inspirasi, motivasi dan semangat.
  9. Untuk terus maju, kita sentiasa berhadapan dengan risiko. Takut? Bila benda kita dah minat, takut untuk berhadapan dengan risiko tiada lagi dalam kamus hidup kita.
  10. Tiada lagi perasaan, 'Ah, kalau aku tak buat kerja ni, tak makan aku'. Pendapatan dan kebahagiaan selari dah bila kita dapat buat apa yang kita minat dan dalam masa yang sama dapat menjana pendapatan.
  11. Kita tak akan lagi rasa seakan ada je kekosongan dalam hidup kita. Jiwa, minda dan hati kita bersatu apabila kita buat benda yang kita minat.
  12. Kita lebih menghayati perjalanan yang kita sedang lalui sekarang berbanding destinasi kita. Semuanya tentang perhubungan yang kita cipta mahupun jumpa dan perkongsian pengalaman di sepanjang perjalanan hidup kita.
Jika antara kita tiba-tiba rasa, 'Alamak, banyak benda yang tak ngam lah!.' KA nak ajak kita tanya diri kita kembali beberapa persoalan ni.
  • Kenapa aku pilih kerjaya atau perniagaan ni?
  • Kenapa aku masih buat kerja ni atau melakukan perniagaan ni?
  • Kenapa aku patut mengembangkan perniagaan ni ataupun maju dalam kerjaya ni?
  • Kenapa aku perlu susun balik cara kerja ataupun cara aku berniaga?
  • Kenapa aku perlu menambahbaik kesihatan aku?
  • Kenapa aku perlu masa yang berkualiti bersama keluarga, anak dan isteri aku?
  • Kenapa semua ni penting untuk aku?
Sebenarnya, segalanya bukan kerana hasil kewangan pada akhirnya. Namun apa yang hasil tu dapat bawa dalam hidup kita, apa yang duit tu akan memastikan kita dapat buat apa yang kita mahu, dan orang sekeliling kita. 

Jadi, adakah kita hidup sekarang ni dengan melakukan apa yang kita inginkan dan kita rasa betul? Kalau tak, apa yang menghalang kita daripada melakukan apa yang betul dan yang kita inginkan? Kita pakat tanya diri kita dan semoga kita dapat mencapai jalan hidup yang kita inginkan. 


Ulasan

(10)
  1. Kadang yang kita suka bukan yang terbaik...yang kita kurang berminat itu yang buat kita berjaya...kita rasa gembira bila buat apa kita suka...jangan lupa kita boleh rasa lebih bahagia dengan apa yang Allah pilihkan untuk kita...amin...jadi kalau rasa rasa boring..ingat balik...Allah yang tolong pilih..kita usaha saja..*ingatan untuk PC juga ni*hihi...

    BalasPadam
  2. nice sharing ... tapi time kita nak continue study dulu kita muda remaja lagi, tak tahu apa minat sendiri ... bila dah kerja, kerja jer lah ikut kelayakan, yang penting jangan curi tulang walaupun kurang minat :)

    BalasPadam
  3. elok klu adik2 yg nak apply upu baca ni...bljr dr pngalaman hakak2 dan habang2 ni.. better kita pilih bidang kita minat, kita mampu nak bawak dan ada peluang...ptg kot..btw super nice entry..

    BalasPadam
  4. minat boleh dipupuk. kadang2 apa yg kita minat tak semestinya kita akan dapat utk itu juga. myb kita lebih sesuai utk yg lain hihi boleh berusaha utk mencuba, sbb minat bukan dtg secara semulajadi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, ni komen yang saya tunggu..hehe. nanti saya buat artikel ye.

      Padam
  5. lepas spm biasa belum nampak lagi, kadang perlu masuk matriks ke baru lepas tu boleh decide

    BalasPadam
  6. Ada one quote, "Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life."

    Memang kalau kerja berasaskan apa yang kita minat tu satu bonus. Tapi, jika sebaliknya, kita kena belajar ikhlaskan hati. Itu mungkin pekerjaan yang terbaik buat kita pada masa tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farrah. Exactly.. Kalau kita tak dapat kerja yang kita minat, dan buatlah kerja tu sebagai minat kita.. itu y saya share dalam artikel terbaharu saya.

      Padam
  7. Kadang-kadang kita tak sedar yang minat kita tu, tak sesuai nak dijadikan sebagai kerjaya. Begitu juga sebaliknya. Belajar berlapang dada, terima rezeki kerja yang telah ditetapkan dan cuba pupuk minat dalam kerja kita. Tak cuba tak tahu lagi =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.