Bagaimanakah Mengenal Pasti dan Capai Matlamat Hidup

Bagaimana untuk kita kenal pasti dan capai matlamat hidup.

KA pasti kesemua kita ada matlamat dalam hidup ini dan hidup di alam yang abadi. Bila sebut je matlamat hidup, kita pasti akan memikirkan satu target yang besar kan? Begitu juga KA, KA target yang besar dulu, kemudian baru yang kecil.

Kenapa matlamat ni penting ek? Tahu tak, sebenarnya daripada matlamat yang kita set inilah akan memandu kita ke arah mana kita membawa hidup kita ni. Kalau nak cakap target atau matlamat, setiap orang tak sama, apatah lagi jalan menggapai matlamat tu kan?



Pendek kata, kita jadikan matlamat itu sebagai destinasi kita dan terpulang jalan apa yang kita tempuh untuk mencapai target tu. So, sekarang kita dah tahu serba sedikit tentang matlamat atau target hidup ni. Jom kita baca sedikit perkongsian tentang langkah senang untuk kita distinguish matlamat dan mencapainya.

1- Perah otak untuk cari apa target kita sebenarnya.

Cuba cari tempat yang dapat membantu kita berfikir. Tak semestinya tempat yang senyap, kalau korang dapat ilham dari tempat yang bising, why not? Terpulang. KA selalunya terfikir pasal benda ni bila tengah tengok tv, membaca ataupun of course... tengah mandi!.

Lepas tu cuba fikir apa yang paling penting dalam hidup kita. Fikir juga apa yang kebelakangan ni kita asyik mikir je dan kita rasa susah sangat nak capai, kita perlu dan kita nak capai benda tu. Contohnya dalam kerjaya, keluarga, kerohanian dan macam-macam lagi. As usual, ini perkara paling penting untuk dibuat, dah fikir kena la tulis. Otak kita ni bukan semuanya macam komputer kan.

2- Kenal pasti matlamat.

Sebenarnya apa yang kita dapat dalam proses pertama tadi adalah semua matlamat hidup kita. Makna kata, benda ni lah yang harus kita usaha bagi dapat nanti. Manusia ni makin lama, makin berubah kepentingan dalam hidup dia. Sebagai contoh, remaja yang masih belajar dan orang dewasa yang berumahtangga sudah lain dah target dia. Fokus dulu apa yang penting buat masa sekarang ni.

Tengok balik apa yang kita dah tulis tadi. Short list kan senarai tadi kepada benda apa yang korang kena buat, kalau tak korang tak dapat hidup. Cuba kita perhalusi setiap matlamat tu dan apa yang kita akan dapat lepas kita capai matlamat tu. Dah? Kita ke step seterusnya.

3- Bina satu laluan untuk kita capai matlamat tadi.

Ibarat kita duk Ampang, nak pergi ke KLCC. Kita dah tahu dah kalau lalu Jalan Ampang, kita straight je confirm sampai punyalah. Namun, adakah itu satu-satunya jalan yang kita nak lalu?

Ada orang cakap, dalam proses planning atau merancang ni, kita kena rancang terbalik. Kita kena kenal pasti apa langkah terakhir yang perlu kita buat untuk mencapai matlamat tu. So, kita cari lah jalan yang paling berkesan untuk kita sampai ke langkah tu.

Kita perlu kenal pasti orang sekeliling yang akan terlibat di sepanjang pendakian kita mencapai matlamat tersebut. Ingat, ini orang-orang yang penting untuk kita. Walaupun kita dah berjaya melintasi orang-orang ini, jangan pula kita lupa kerana mereka 'guru' kita.

Kita guna reverse step ni sampai lah kita boleh detect apa langkah pertama yang kita kena buat which is KA pun masih berusaha melangkah beberapa langkah pertama KA. Kalau kita dah tulis or plan step-by-step, apa lagi yang tinggal? Yup, kita cuma perlu laksanakannya!

4- Melaksanakan semua perancangan.

Apabila kita dah berjaya plan tu semua, kebiasaan kita akan rasa teruja, berkobar-kobar. Percaya atau tak, kalau tak dijaga kita mungkin akan gopoh dalam proses pelaksanaan ini. There is no shortcut for this.

So, apa yang perlu kita buat? Ingat, step-by-step.

Pilih dulu matlamat yang paling kita perlu capai buat masa sekarang dan follow step yang kita dah buat tadi. Kita dah boleh dah start tick apa step yang kita dah buat CORRECTLY.

Makanya, apa lagi yang kita perlu buat?

Apabila semua persediaan dah kita buat, terpulang kepada kita untuk melaksanakan. Ingat... pilih dan laksanakan satu persatu dan fokus segala kudrat dalam mengejar matlamat kita tu. Apabila kita dah berkehendakkan sesuatu tu, insyaAllah...motivasi akan datang dengan sendirinya.

Semoga bermanfaat.

Ulasan

(4)
  1. Betul tu KA, kadang kala dengn matlamat juga diri kita menjadi stress, ya la mana tak nya, matlamat yang ingin dicapai tu mungkin agak sukar bagi kita dan memikirkan kesukaran yang perlu dilalui menyebabkan kita berhenti separuh jalan untuk mencapai matlamat itu, tapi kata pakar dalam kita ingin mencapai sesuatu matlamat tu, kita perlu tahu kelebihan dan kekurangan, kita mampu menilai dan sanggup menghadapi kesukaran, jangan terlalu membandingkan dan mengukur kemampuan kita pada yang benar-benar sudah mencapai matlamatnya, tetapi ukur dan nilai matlamat berdasarkan perbandingan matlamat kita sendiri.....info yang baik untuk semua...

    BalasPadam
  2. Harus beri fokus pada matlamat yg hendak dicapai sejak awal mcm kita nak bina cita2.

    BalasPadam
  3. matlamat perlu ada... itu utama tu

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan penulisan ni. Kita kena tahu apa matlamat yang kita nak capai dan berusaha langkah demi langkah sampailah berjaya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.