Software Grafik Percuma Yang Blogger Perlu Ada

Korang ingat tak KA ada cakap sebagai seorang blogger kita kena memantapkan kandungan blog kita di dalam artikel 6 Langkah Untuk Menjadi Lifestyle Blogger. Kalau korang belum baca, boleh baca kat pautan tu.

Di antara benda-benda tu, benda yang paling penting sudah semestinya isi penulisan kita kan. Kalau kita ni jenis macam KA yang menulis main hentam je, ada satu lagi benda untuk kita fokus kalau nak menarik pembaca. Yup, grafik, gambar, lukisan atau apa-apa je yang boleh menarik pembaca ke blog kita dari sudut visual.

Untuk KA, KA selalu guna Adobe Ilustrator (Ai), Adobe Photoshop (Ps) dan Photoscape. Kalau korang dah ada tiga benda ni, memang best la untuk memeriahkan blog. Malangnya, dalam tiga tu hanya satu je free, iaitu Photoscape. Tapi korang jangan pulak sedih sebab Photoscape KA paling banyak guna dah bertahun lamanya sebab senang nak edit gambar dan nak tambah watermark.



Kalau korang tengok kat bawah ni antara contoh tools yang ada dalam Photoscape. 






Bukan tu je, sebenarnya banyak lagi tools yang korang akan rasa sangat berguna untuk membantu korang menyampaikan penulisan tu dengan lebih sempurna, bermakna dan buat pembaca cerah mata nak teruskan pembacaan. 

Senang cerita, kalau nak download Photoscape tu, korang boleh download kat sinikorang pilih je nak download daripada Download.com atau Softonic. sama je keduanya. 

Kalau rasa berguna dan membantu, KA harap kita sama-sama support perkembangan dan kemajuan software ni dengan turut sama menyumbangkan sedikit donation untuk pembuat benda ni. Kalau nak donate, korang pergi kat page donation ni je. 

Ye lah kan, orang dah bagi software yang bagus macam ni, free pulak tu. Silap-silap kita dapat buat banyak duit lagi dengan menggunakan software ni. Apa salahnya begi sedikit sumbangan kan. 

So, till then. Semoga dengan artikel ni dapat membantu semua blogger dalam menghasilkan bahan yang lebih menarik. Thanks for reading!

Ulasan

(9)
  1. Sy selalu pakai photoshop,hehe sbb mmg ade dlm lptop ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah.. laptop baru2 kebanyakan kedai dah tolong install kan.. untung2.. hehe

      Padam
  2. Nice sharing KA, memang cerah mata tengok gambar yang cantik2 nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Zumal. Try la download and explore tau.

      Padam
  3. PicsArt yang PC ada..terima kasih ya share KA...

    BalasPadam
  4. ooo..itu lah..kadang-kadang gambar yang dicapture tak semestinya memenuhi citarasa kita, tapi dengan teknik edit yang betul, mugkin akan memberi satu sudut padangan yang menarik dalam pict yang kita upload untuk blog kita tu...dan pengunjung pun rasa tenang je lihat koleksi pict kita tu....thks ya..info yang baik....

    BalasPadam
  5. Memang selalu guna Photoscape ni kalau nak edit gambar. senang dan percuma.

    BalasPadam
  6. Mrs. A pun guna Photoscape mudah faham dan yang pentig free hokeh!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.