Dating Harijadi di Paradigm Mall

Alhamdulillah, kelmarin genaplah 29 tahun umur KA mengikut kad pengenalan. Mak buyung pun bersusah payahlah nak apply cuti hari Sabtu tu sebab nak sambut birthday dan jalan-jalan katanya. Namun apakan daya, kalau nak cuti, mak buyung tak boleh mintak AL pulak. KA pulak, kesian kalau dia mintak cuti pun mau lepas pukul 2 atau 3 petang baru boleh keluar sebab banyak kerja nak dibuat. So, tak jadi lah cuti tapi petang tu sempatlah bawak gi makan cendol dan rojak dekat Titiwangsa.

Kebelakangan ni KA macam tak gemar sangat la nak makan kek untuk harijadi. Maklumlah, hari bukan harijadi pun kitorang buat kek jugak. Last-last, mak buyung belanja makan seafood sampai tak larat nak berjalan kitorang mentekedarah.

Semalam la baru sempat berjalannya. Tu pun kitorang tak plan. KA jemput mak buyung balik kerja semalam, terus kitorang gerak pergi ke Paradigm Mall je pun. Tapi sebab lama tak keluar dating terus jadi seronok sangat semalam. Maklum la, mak buyung dah 4 bulan kot muntah-muntah.

Semalam tak ada apa yang best pun kat Paradigm Mall tu. Singgah kedai optik tanya harga lense spek sebab kat rumah ada satu Club Master yang belum tukar lense ada power. Pastu usha-usah selipar. Mak buyung sempat la sambar jubah selai kat kedai Tooba sana sebelum kitorang masuk ke Kaison tingkat atas lagi. Kat sana ada rupanya jual balang kaca untuk projek Terrarium KA. Murah pulak tu, dalam RM16.90 je sebijik saiz sederhana. KA belum beli pun lagi.

Sudahnya kitorang beli frame, klip langsir dan kotak kunci. Boleh tahan banyak barang comel kat dalam tu. Next time kena angkut lagi ni.






Boleh tahan kan? Sebenarnya KA rambang mata la masuk kedai macam tu. Banyak sangat benda yang kena dan boleh sangkut dengan jiwa KA ni sebenarnya. Bunga perhiasan pun banyak sangat kat situ. Kalau kaum hawa pergi, berejam la jawab dia.

Part yang paling best bila KA dapat makan pancakes dekat Pancake House. Benda dah favorite kan, tak kisahlah makan pagi ke tengahari ke malam ke memang boleh berdarah hidung oh dapat telan.


KA order Peach Pancakes dengan Iced Green Mango. Gebu dan sangat refreshing bila pancake dengan jus tu digabung bersama. Mak buyung pulak order Banana Cinnamon Pancake dengan Iced Peach Tea. Boleh tahan jugak dia punya pun. Kalau untuk breakfast atau minum petang memang not bad la. Gebu-gebu gitu pancake dia.





Kalau yang nak usha menu lain dan rega dia, boleh tengok kat website kat bawah. Tapi KA rasa harga dia tak update la sebab seingat KA, semalam KA makan murah sikit rega dia. pape pun boleh tengok kat sini.

Maaf ye slow sikit blogwalking, tengah siapkan hadiah GA dan sibuk dengan kerja. Nantikan posting review blog yang menang GA hari tu.

Ulasan

(15)
  1. selamat hari jadi ye, semga dimurahkan rezek di beri kebahagian dunia dan akhirat. amin.. cntik2 gmbr :)

    BalasPadam
  2. Happy bday KA.. semoga bahagia selalu disamping mak buyung tersayang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nurul Hidayah :) Amin...

      Padam
  3. happy bornday dad to be....moga terus berjaya dalam setiap apa yang diusahakan ya...amin..

    BalasPadam
  4. tu dia, sedap tu. happy bday KA

    BalasPadam
  5. selamat ulang tahun kelahiran..semoga bahagia selalu :)

    BalasPadam
  6. Selamat hari lahir KA, hahaha tak jemput pun...rumah saya dekat je kat paradigm mall...semoga KA terus succes degan impian dan kehidupan,....amin

    BalasPadam
  7. Sanah helwah .. moga Allah permudahkan urusan dunia akhirat

    BalasPadam
  8. Happy belated birthday KA. 10 days earlier than mine!! Wish you all the best luck in the world and hereafter. Ameeen~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.