Brokoli | Khasiat Yang Jarang Diketahui

Brokoli, Khasiat yang jarang diketahui.

Adakah korang tahu bahawa kebanyakan sayur yang berdaun hijau gelap seperti brokoli juga merupakan sumber kalsium dalam diet seharian kita?

Brokoli, salah satu sayuran daripada spesis kubis berasal daripada Mediterranean Utara. Mulanya, sayur ni dekinali dengan nama 'Italian Asparagus'. Pada hari ini, kebiasaan jenis brokoli yang kita akan jumpa kat rak-rak sayuran adalah dari tiga jenis dan yang paling terkenal adalah Calbrese yang dinamakan sempena Calabria di Itali.

sumber: http://sekapporchard.com/
Satu cawan brokoli mengandungi lebih kurang 45mg kalsium. Walaupun ini adalah sangat kurang berbanding kalsium yang kita dapat jika kita ambil secawan susu atau soya yang mengandungi 300mg, namun amat penting untuk kita memastikan kepelbagaian sumber kalsium kita.

Mengikut sesetengah kajian, brokoli mengandungi kadar serapan kalsium sehingga 60% lebih tinggi berbanding susu tau. Selain sumber kalsium, brokoli juga salah satu sumber penting untuk serat, Vitamin A, C, K, Folate dan jugak potassium. Sesuai sangat untuk korang yang nak mengempiskan perut macam KA ni.

Tapi kalau this person sedang ambil ubat warfarin yang biasanya diambil untuk mengelakkan daripada pembekuan darah atau salur tersumbat (pesakit strok, sakit jantung dsb.), pesakit ni kan kena monitor pengambilan Viamin K yang mana akan meningkatkan INR (International Normalised Ratio - untuk menunjukkan berapa lama darah kembali beku) pesakit. So, better tanya doktor dulu la kalau ada ambil ubat ni.

Tips: Untuk memastikan kita dapat semaksimum mungkin khasiat brokoli ni. Make sure kita cuma steam atau celur sekejap dan elakkan merebus, goreng terlalu lama. Actually, other vegies pun macam tu kan. Semoga bermanfaat ye.

rujukan: http://www.sanitarium.co.nz/

Ulasan

(7)
  1. klu shaz...sayur wajib ada kat rumaha adalah brokoli. sebabnya anak kene makan brokoli untuk solid food..second.. shaz memang suka makan brokoli steam.. ssuai untuk diet harian.. hehe

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..PC dan suami memang penggemar sayur..lagi lagi bila seseorang dalam usaha untk mendapat berat badan ideal..Dr pasti sarankan lebihkan makan sayuran dan ikan(protein)berbanding karbo..terima kasih KA kongsi ya.

    BalasPadam
  3. Kakak akur memang kakak tak arif kebaikan brokoli ini tapi rumah kakak boleh katakan dua-tiga hari mesti ada hidangan ini cuma kami makan sebab suka bukan sebab tahu khasiatnya.. naif betul kakak ni kan:)

    BalasPadam
  4. CP suka makan sup brokoli..sedap..hehe

    BalasPadam
  5. feveret brokoli ni..tgk ghupe dia pun dah nampak selera blm masak lg..hoho..sedap dan cantik..eheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.