Lagi Tips Berjimat

Well, semenjak berumahtangga ni, KA makin concern kalau masuk bab perbelanjaan. Nak-nak di zaman serba mahal sekarang ni. So, mana yang boleh jimat, kita jimat la kan.

Walupun KA pernah share tips untuk berjimat sebelum ni dalam artikel 5 langkah Untuk Berjimat Tanpa Bersusah Payah , namun masih banyak sebenarnya tips yang berguna untuk berjimat ni. Sebut je berjimat kita mesti rasa cliche dan rasa tak lut dah kan? Tapi kat sini KA nak kongsi apa yang KA bca-baca kebelakangan ni.


  1. Make sure korang buat auto-debit dari akaun gaji ke akaun simpanan atau pelaburan. Sebenarnya ada bank kat luar sana yang menawarkan dua akaun sekaligus untuk gaji dan pelaburan. Nanti KA cerita lebih pasal ni.
  2. Sentiasa bertanya kepada diri sendiri, perlu ke kita beli benda tu. Benda ni akan buat kita fikir banyak kali dan yang paling berjaya menghalang KA daripada terus boros.
  3. Kalau ada peluang untuk dapat kupon discount ke, voucher ke... jangan malu, gunakannya!
  4. Ada kad kredit? Buang je sebab benda ni berhantu. Majoriti tak dapat kontrol benda ni.
  5. Bagi yang suka lepak, nak jimat? Tapau makan minum, lepak kat rumah. Selesa!
  6. Ada barang yang boleh dibeli secara pukal, beli. Jangan terlebih beli pulak.
  7. Hentikan membership yang caj korang walaupun korang tak guna... gym misalnya. hehe.
  8. Elakkan makanan segera. Bukan sahaja dapat menyelamatkan dompet, kesihatan kita juga terjaga.
  9. Bundle? Meh nak cakap... bundle pon lagi banyak barang berkualiti berbanding sesetengah kedai kat KL ni. Dah lah murah.
  10. Untuk kaum hawa, jangan cuba menguji keimanan dengan mencuba saja-saja alat mekap. Korang bukan tak tahu aura promoter tu kuat. Sekali kena sampuk, koyak la dompet. 
  11. Tak payah nak ber IKEA sangat tak pun Harrold ke apa, banyak lagi kedai tempatan yang boleh sediakan apa yang dorang ada dengan harga lebih murah. Kadang-kadang mind set kita je.
  12. Kalau nak bagi hadiah, cuba buat berbanding korang beli. Jimat bhai. Ambik contoh kek sudah. Tak reti? Ejas la dengan member yang reti. At least jimat dah kat situ.
Macam mana? Still blurr? Tak kisahlah apa korang nak buat demi mencapai penjimatan tahap tertinggi ni. Yang penting korang jangan cepat berputus asa!

Ulasan

(3)
  1. memang sekarang ni kena berjimat cermat

    BalasPadam
  2. Buat auto debit hurm idea yang bagus. Akan dipertimbangkan :-)
    Orang pompuan yang suka gi cuci rambut kat salon tu tak yah arr.. gi salon cuci jer sendiri kat rumah banyak boleh jimat hiks!

    BalasPadam
  3. Mana boleh jimat, sama2 kita jimat. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.