Cara Untuk Kembali Sayangkan Kerja

Sebagai seorang yang makan gaji dan masih mengharapkan pendapatan dari majikan, kadang-kadang tu kita akan merasakan kehambaran dan tawar di dalam bekerja.

Tahukah korang sebenarnya banyak cara untuk menjadikan kita kembali sayang kerja kita? Dia lebih kurang refreshing mindset kita jugak la. Korang mesti ingat kan hari first korang kerja dan hari first korang intern or praktikal or latihan industri.


Sebenarnya kita boleh mewujudkan balik perasaan tu. Macam mana kita nak wujudkan? Jom baca ni.

1. Menambah baik ruang kerja. Kalau syarikat tempat korang kerja membenarkan korang tune up a bit work space korang, korang touch up la sikit. Letak bunga segar ke, gambar orang tersayang ke, sedikit perfume ke. Tak pun letak poster kata-kata semangat dan warna kegemaran.

2. Mengubah sikap kita dalam menghadapi sesuatu keadaan. Benda ni pastinya lagi senang cakap daripada nak buatnya kan? Nak tak nak, benda ni kita kena try buat. Kita ubah sikap kita untuk lebih positif dan terbuka bila berhadapan satu-satu isu. Kita tengok balik kelebihan yang kita ada kat situ. Ingat, ramai kat luar sana yang nak berada kat tempat kita.

3. Berani bersuara. Apa yang KA maksudkan kat sini bukannya nak suruh korang asyik komplen je. Maksudnya kat sini kalau korang dah rasa tak puas hati sampai tak selesa bekerja, better korang share dengan boss atau orang yang ada kuasa dan arif. Mana tahu orang-orang ni ada penyelesaian dia. Well, KA kalau tak selesa KA terus mintak pendapat boss. Anyway, just mintak second opinion dari orang yang boleh diharap.

4. Ambil kursus atau kelas. Ambil je kelas ke, kursus ke, training ke kat luar lebih-lebih lagi yang boleh improve skill kerja kita. Lepas tu kita terapkan di dalam kerja kita. KA confirmlah colleagues korang akan kagum. Believe it or not, kita akan jadi lebih bersemangat bila orang appreciate improvement yang kita buat. Do it!

5. Mintak lebih kepelbagaian kerja. Kadang-kadang benda yang membuatkan kita hilang semangat ni sebenarnya benda seimple je. Apa dia? Yup, kerja yang sama dan rutin. Kalau jenis yang key in data, itu je lah kerja dia sampai bila-bila. Mulai sekarang, selamba je mintak assignment yang lain pulak selagi berkaitan scope kita. Dengan ini kita dapat cabar diri kita buat benda lain sama. Nak lagi best, management akan terpukau dengan komitmen kita.

6. Macam biasa, have FUN!. Janganlah serius sangat kerja tu sampai tak bercakap dan tak gelak-gelak. Buat la sikit aktiviti yang happy dan seronok. Organize pot luck ke, ajak kawan-kawan gi karaoke ke lepas kerja, buat kuliah waktu lunch ke. Up to you as long as you can push the stress out.

Nampak tak? Banyak benda sebenarnya yang kita boleh buat untuk boost balik semangat kerja kita. Semoga kita lebih bersemangat kerja ye... Chaiyok!

Ulasan

(3)

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.